Kementerian Pengangkutan Malaysia

Ringkasan Multilateral

Penglibatan Kementerian Pengangkutan di dalam hubungan pelbagai hala/multilateral yang melibatkan beberapa buah negara adalah bagi mewujudkan kerjasama strategik di dalam sektor pengangkutan di kalangan negara-negara yang terlibat.​​​​

multilateral

​​​​​​​​​​​​Association of Southeast Asean Nations​ (ASEAN)

​​​​​​​​​​​​Association of Southeast Asean Nations​(ASEAN) adalah sebuah organisasi politik dan ekonomi yang terdiri daripada sepuluh buah negara-negara Asia Tenggara. ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Objektif penubuhan ASEAN adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan evolusi sosiobudaya di kalangan negara-negara anggota, perlindungan keamanan dan kestabilan serantau bagi negara-negara anggota.​

Selanjutnya

Asia-Pacific Economic Cooperation ​(APEC)

APEC telah dibentuk pada tahun 1989 dan kini dianggotai oleh 21 buah negara termasuk Malaysia. Ia merupakan satu forum antarabangsa yang menjadi medan perundingan dan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara rantau Asia Pasifik.​​​​​​​​​

Selanjutnya

Economic and Social Commission for Asia and The Pacific ​(UNESCAP)

ESCAP telah dibentuk pada tahun 1947 dan kini dianggotai oleh 53 buah negara dan 9 buah Associate Members. Ia merupakan satu forum antarabangsa yang menjadi medan perundingan dan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara rantau Asia dan Pasifik.​

Selanjutnya

​COMCEC (OIC)

The Standing Committee for Economic and Commercial Cooperation of the Organization of the Islamic Cooperation (COMCEC) adalah salah satu daripada 4 Jawatankuasa di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Selanjutnya​​