Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Saluran Aduan Salah Laku Jenayah Rasuah dan Tatatertib

​​​​

Pengenalan

Unit Integriti, Kementerian Pengangkutan Malaysia ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Penubuhan unit ini adalah bagi menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan dengan integriti supaya inisiatif-in​isiatif p​engistitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan secaras fokus, terancang dan efisien. Salah satu fungsi unit ini ini adalah mengesan dan mengesahkan aduan sala​​h laku jenayah rasuah dan pelanggaran tata kelakuan serta etika organisasi. Selanjutnya

​​​Bagaimana menyalurkan aduan?​​​

Orang awam atau warga Kementerian Pengangkutan Malaysia atau agensi-agensi dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia boleh mengemukakan aduan mengenai jenayah rasuah atau salah laku tatatertib kepada Unit Integriti dengan cara:

  • Sistem Online e-Integriti​
  • ​Menghadirkan diri ke alamat berikut​;

    ​Unit Integriti, Kementerian Pengangkutan Malaysia,​​​​ Aras 6, Unit Integriti, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4,​ 62100 Putrajaya.

  • Mengemukakan surat ke alamat tersebut;
  • Mengemukakan emel ke integriti[at]mot[dot]gov[dot]my​;​
  • Menghubungi talian 03-8892 1066
  • Talian f​aksimili 03-8888 0213​
  • ​​