Kementerian Pengangkutan Malaysia

ASEAN

Association of Southeast ASEAN​ Nations (ASEAN)​

Multilateral

Association of Southeast ASEAN​ Nations​ ​adalah sebuah organisasi politik dan ekonomi yang terdiri daripada sepuluh buah negara-negara Asia Tenggara.​​

ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Objektif penubuhan ASEAN adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan evolusi sosiobudaya di kalangan negara-negara anggota, perlindungan keamanan dan kestabilan serantau bagi negara-negara anggota.

Mesyuarat ​Task Force on ​the Development of Successor ASEAN Strategic Transport Plan

Mesyuarat Pasukan Petugas ini yang dipengerusikan oleh Malaysia adalah bertujuan untuk membangunkan pelan strategik sektor pengangkutan ASEAN bagi tempoh 10 tahun mulai 2016 hingga 2025.​ Pelan tersebut meliputi 5 bidang utama iaitu pengangkutan udara, pengangkutan darat, pengangkutan maritim, fasilitasi pengangkutan dan pengangkutan mampan. ​Dalam tempoh satu tahun yang lepas, mesyuarat ini telah berjaya membangunkan visi dan rangka kerja bagi kerjasama pengangkutan pasca 2015, serta pelan tindakan pengangkutan ASEAN untuk 2016-2025.​

Malaysia memainkan peranan yang penting dalam membangunkan pelan strategik ini dengan output dan tempoh masa yang ditakrifkan dengan jelas bagi memastikan pelan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

asean-tfd1 Malaysia mempengerusikan Mesyuarat 1st Task Force Development of Successor ASEAN Strategic Transport Plan
asean-tfd2 Malaysia selaku Timbalan Pengerusi Mesyuarat Ke-37 Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN​​​​

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN ​​

Mesyuarat STOM dan ATM merupakan platfom utama bagi sektor pengangkutan ASEAN untuk menetapkan dasar-dasar pengangkutan dan seterusnya memantau pelaksanaannya.​

Bagi mengukuhkan fungsi STOM, beberapa kumpulan kerja telah dibentuk berdasarkan sektor-sektor utama pengangkutan yang terdiri daripada Land Transport Working Group (LTWG), Air Transport Working Group (ATWG), Maritime Transport Working Group (MTWG) dan Transport Facilitation Working Group (TFWG). Hasil program kerjasama pengangkutan yang dibincangkan melalui kumpulan-kumpulan kerja ini akan dilaporkan kepada STOM dan seterusnya kepada ATM untuk keputusan dasar dan perakuan.​

Delegasi MOT YBhg. Datuk Dr. KSU selaku Timbalan Pengerusi bagi Mesyuarat Ke-38 Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN​​
Delegasi MOT2 YB Menteri Pengangkutan ketika Mesyuarat Ke-20 Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN di Mandalay, Myanmar​​​​​​​​
Delegasi MOT3 Delegasi MOT ke Mesyuarat Ke-20 Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN di Mandalay, Myanmar pada 27 dan 28 November 2014​​​​​​​

IMT-GT

Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT)​​

IMT-GT

Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) merupakan inisiatif kerjasama sub-rantau yang ditubuhkan pada tahun 1993 oleh Indonesia, Malaysia, dan Thailand dalam usaha untuk mempercepatkan transformasi ekonomi di wilayah-wilayah yang kurang maju di sub-rantau ini. ​

IMT-GT telah berkembang dalam skop geografi dan aktiviti-aktiviti yang merangkumi lebih daripada 70 juta orang. Ia kini terdiri daripada 14 wilayah di selatan Thailand, 8 negeri di Semenanjung Malaysia, dan 10 wilayah Sumatera di Indonesia. Sektor swasta merupakan tulang belakang dalam kerjasama ini dan akan terus memainkan peranan penting dalam menggalakkan kerjasama ekonomi di IMT-GT.​

Kementerian Pengangkutan terlibat secara langsung di dalam kerjasama IMT-GT sebagai agensi peneraju bagi Malaysia di dalam​Working Group on Infrastructure and Transport (WGIT).

BIMP-EAGA​

B​runei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area​ (BIMP-EAGA)​​​

BIMP-EAGA​

Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area ​(BIMP-EAGA) telah ditubuhkan secara rasmi pada 24 Mac, 1994, di Davao City, Mindanao, Filipina.

Kerjasama ini meliputi timur ASEAN iaitu Brunei Darussalam; wilayah-wilayah di Kalimantan, Sulawesi, Maluku, dan Papua di timur Indonesia; negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia; dan Mindanao dan Palawan di Filipina. Rantau berkenaan adalah seluas 1.54 juta kilometer persegi dan penduduk seramai kira-kira 70 juta. Kawasan tumpuan tersebut merupakan kawasan yang mempunyai potensi tinggi untuk pembangunan dalam perdagangan, pelaburan dan pelancongan.​

Sebagai tanda menunjukkan komitmen negara-negara berkaitan kepada kepentingan pembangunan sektor pengangkutan dalam kawasan berkenaan, keempat-empat negara berkenaan telah bersetuju pada tahun 2006 untuk mengadakan Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan BIMP-EAGA (Transport Ministers Meeting – TMM). BIMP-EAGA TMM ini merupakan mesyuarat tahunan yang bertujuan membincangkan peningkatan hubungan kerjasama serantau dalam sektor pengangkutan bagi mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi wilayah timur ASEAN.

Kementerian Pengangkutan terlibat secara khusus dalam kluster Pengangkutan. Negara-negara anggota sebelum ini telah menandatangani dan melaksanakan tiga memorandum persefahaman pengangkutan meliputi pemberian​ hak kebebasan trafik kelima (fifth freedom) ke atas lapangan terbang antarabangsa utama serta fasilitasi pengangkutan merentas sempadan bagi perkhidmatan bas komersil dan kenderaan barangan.​ ​​Memorandum persefahaman ini a​​​dalah langkah-langkah yang penting untuk mewujudkan rangkaian pengangkutan multi-modal sub-rantau untuk menyokong pergerakan orang awam dan barangan merentasi sempadan.

The 9th BIMP-EAGA Transport Minister Meeting Pada 18 – 20 November 2014 Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam​

asean-bimp-eaga-brunei YBhg. Datuk Dr. KSU selaku Timbalan Pengerusi bagi Mesyuarat Ke-38 Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN​​
sean-bimp-eaga-brunei2 YB Menteri Pengangkutan ketika Mesyuarat Ke-20 Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN di Mandalay, Myanmar​​​​​​​​
asean-bimp-eaga-brunei3 Delegasi MOT ke Mesyuarat Ke-20 Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN di Mandalay, Myanmar pada 27 dan 28 November 2014​​​​​​​ ​