Kementerian Pengangkutan Malaysia

UNESC​AP

United Nations Economic and Social Commi​ssion for Asia and the Pacific​ (UNESCAP)​

UNESCAP

ESCAP telah dibentuk pada tahun​ 1947 dan kini dianggotai oleh 53 buah negara dan 9 buah Associate Members. Ia merupakan satu forum antarabangsa yang menjadi medan perundingan dan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara rantau Asia dan Pasifik. Kementerian Pengangkutan terlibat secara aktif dalam kerjasama UNESCAP iaitu melalui platform utama iaitu UNESCAP Transport Ministers’ Meeting yang diadakan setiap 2 hingga 4 tahun sekali dan UNESCAP Committee on Transport Meeting yang turut diadakan setiap 2 tahun sekali.​​​​​​​​​

Mesyuarat di ​peringkat Menteri Pen​gangkutan diadakan susulan daripada resolusi 64/5 UNESCAP pada 30 April 2008 yang telah memutuskan untuk mewujudkan mesyuarat di peringkat Menteri Pengangkutan bagi membincangkan isu-isu berbangkit dan mempromosi integrasi serantau bagi pengangkutan. Mesyuarat ini telah diadakan untuk kali pertama pada tahun 2009 dan mesyuarat kedua pada tahun 2013.​

Mesyuarat Committee on Transport (COT) pula melibatkan inisiatif pembangunan rangkaian serantau antara mod, dengan rangkaian Lebuh Raya Asia, rangkaian Kereta Api Trans-Asia dan rangkaian dry port. Mesyuarat ini penting untuk mengukuhkan hubungan di antara negara anggota di samping mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada serta meningkatkan tahap integrasi antara mod pengangkutan yang berlainan. COT juga membolehkan pegawai kanan yang terlibat untuk berkongsi pengetahuan mengenai pengangkutan mampan, termasuk peralihan modal kepada kereta api, memperluaskan penggunaan sistem pengangkutan yang lebih selamat termasuk pengangkutan awam dan kemudahan untuk pejalan kaki di kawasan bandar.