Kementerian Pengangkutan Malaysia

COMCEC (OIC)​​

OIC

​The Standing Committee for Economic and Commercial Cooperation of the Organization of the Islamic Cooperation(COMCEC) adalah salah satu daripada 4 jawatankuasa di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Ia telah ditubuhkan pada tahun 1981 di Persidangan Kemuncak Islam Ketiga yang diadakan di Mekah / Ta'if dan berfungsi sebagai ​forum kerjasama ekonomi dan perdagangan pelbagai hala di dunia Islam. Jawatankuasa ini bermesyuarat setiap tahun di peringkat menteri di İstanbul yang dipengerusikan oleh Presiden Republik Turki.​​​​​​

Organisasi mentakrifkan skop kerjasama dengan perdagangan, pengangkutan, pertanian, pelancongan, pembasmian kemiskinan dan kewangan serta kerjasama sektor swasta. Kementerian Pengangkutan terlibat secara langsung di dalam kerjasama COMCEC melalui COMCEC ​Transport and Communications Working Group​ yang diadakan 2 kali setiap tahun.​​

Antara perkara yang dibincangkan meliputi pengalaman negara-negara anggota mengenai pencapaian dan cabaran dalam melaksanakan pembangunan projek dalam sektor pengangkutan di negara-negara masing-masing. Kementerian Pengangkutan telah terlibat di dalam 2 mesyuarat di peringkat ​Working Group​ iaitu mesyuarat kali keempat bertemakan ​“Developing Air Linkages to Sustain Tourism among the Member States”​ dan mesyuarat kali kelima pada Februari 2015 dengan tema ​“Evaluating the Ownership, Governance Structures, and Performances of Ports in the OIC Member States”​.​