Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

AAIB

Siapa Kami

Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) merupakan badan bebas yang bertanggungjawab dalam penyiasatan kemalangan udara dan insiden serius yang melibatkan pesawat awam di Malaysia. Biro ini juga terlibat dalam penyiasatan kemalangan udara dan insiden serius di luar negara yang melibatkan pesawat awam yang berdaftar di Malaysia, dengan pematuhan terhadap Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). BSKU ditubuhkan mengikut keputusan Kabinet Malaysia bertarikh 14 Disember 2011 dan beroperasi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. BSKU bertanggungjawab terus kepada Menteri Pengangkutan.​


Carta Organisasi​

​​​

Carta Organisasi Kementerian

ministry-organisation-chart.jpg

Fungsi BSKU

BSKU merupakan pihak berkuasa utama yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan penyiasatan kemalangan udara dan memastikan pematuhan terhadap panduan yang ditetapkan oleh ICAO serta keperluan Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 (CAR 2016) berkenaan dengan penyiasatan kemalangan udara.

 

Fungsi utama Biro ini meliputi pengumpulan, analisis, dan penilaian data yang berkaitan dengan kemalangan dan insiden udara; penentuan faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan udara; dan mengambil tanggungjawab terhadap elemen-elemen penting penyiasatan seperti serpihan pesawat, rekod data dan suara, serta kawasan kemalangan itu sendiri. Selain itu, Biro ini berkoordinasi dengan agensi keselamatan yang berkaitan dalam memastikan integriti bahan-bahan bukti kemalangan terpelihara.

 

BSKU menyediakan laporan penyiasatan yang komprehensif, termasuk cadangan keselamatan untuk mengatasi isu-isu keselamatan yang dikenal pasti, dalam usaha bersama meningkatkan kesedaran keselamatan dan mendorong langkah pencegahan kemalangan di kalangan komuniti penerbangan.

Laporkan Kemalangan

​Klik Sini​

Laporan dan Statistik

Laporan & Statistik Kemalangan Udara
Laporan Awal Kemalangan Udara Kapar
Laporan Akhir Kemalangan Udara Elmina

Rujukan
 
​​

Hubungi BSKU:

Alamat Pejabat
Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan
Level​ 8, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
62100 W.P. Putrajaya​, Malaysi​a​​​

No. Telefon
03-8892 1071/1072
03-8892 1081​​

Alamat Emel
AAIB@mot.gov.my
​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​