Kementerian Pengangkutan Malaysia

Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU)

Kemalangan pesawat atau insiden serius he​ndaklah dilaporkan kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Malaysia.

Borang Laporan Kemalang​an Udara** Emelkan borang tersebut kepada AAIB@mot.gov.my​

Berikut adalah senarai pihak yang perlu memberitahu BSKU secepat yang mungkin jika mereka mengetahui tentang kemalangan pesawat atau insiden serius yang berlaku di Malaysia:

  • Anak-anak kapal pesawat;
  • Pemilik pesawat;
  • Pengendali pesawat;
  • Pihak yang terlibat dalam penyelenggaraan, rekabentuk atau pembuatan pesawat;
  • Pihak yang terlibat dalam melatih anak-anak kapal pesawat;
  • Pihak yang terlibat dalam menyediakan kawalan trafik udara, perkhidmatan maklumat penerbangan atau perkhidmatan padang terbang pesawat; dan
  • Kakitangan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Dalam kes kemalangan, komander pesawat atau pengendali pesawat, sekiranya komander pesawat telah terkorban atau tidak berupaya, harus juga dimaklumkan kepada pihak polis.

BSKU perlu tahu sebanyak mungkin maklumat seperti berikut:-

  • Jenis, model, kewarganegaraan dan pendaftaran pesawat;
  • Nama pemilik, pengendali dan penyewa pesawat (jika ada);
  • Nama Komander pesawat;
  • Tarikh dan Masa (UTC) kemalangan atau insiden serius tersebut;
  • Destinasi perlepasan terakhir dan tujuan destinasi pendaratan seterusnya;
  • Kedudukan pesawat berhubung dengan beberapa lokasi geografi yang mudah ditakrifkan;
  • Jumlah anak kapal dan bilangan yang terkorban atau cedera parah;
  • Jumlah penumpang dan bilangan yang terkorban atau cedera parah;
  • Jumlah orang lain yang terkorban atau cedera parah akibat kemalangan; dan
  • Sifat kemalangan atau insiden serius dan sejauh mana tahap kerosakan seperti yang diketahui​

Notifikasi:

  • The State of Occurrence menghantar notifikasi ke States yang mempunyai kaitan dengan kemalangan, insiden serius, atau insiden yang berlaku dengan cara yang paling sesuai dan secepat mungkin.

Laporan Awal:

  • Laporan awal mengandungi kenyataan fakta yang diperolehi semasa peringkat awal penyiasatan. Ia mesti dianggap sebagai tentatif dan tertakluk kepada perubahan atau pembetulan jika bukti tambahan didapati. Ia perlu dikeluarkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kejadian dengan cara yang paling sesuai dan secepat mungkin.

Laporan Akhir:

  • ​Laporan akhir mengandungi maklumat fakta, penemuan yang berkaitan, dan cadangan keselamatan yang berkaitan kemalangan yang berlaku. Ia perlu dikeluarkan dalam tempoh satu tahun dari tarikh kejadian dengan cara yang paling sesuai dan secepat mungkin.

Deraf Laporan Akhir:

  • ​Draf laporan akhir akan diedarkan kepada semua States yang berkaitan sebelum laporan akhir dikeluarkan, mengundang ulasan penting dan berasas mereka mengenai laporan itu secepat mungkin dan ulasan mesti dijawab dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh surat penghantaran.

Kenyataan interim :

  • Sekiranya laporan tidak dapat dikeluarkan kepada umum dalam tempoh dua belas bulan, kenyataan interim hendaklah diedarkan secara terbuka pada setiap ulang tahun kejadian, memperincikan kemajuan penyiasatan dan sebarang isu keselamatan yang dibangkitkan.