Kementerian Pengangkutan Malaysia

APEC

Content Editor

Asi​a-Pacific Economic Cooperation (APEC)​

APEC

APEC telah dibentuk pada tahun 1989 dan kini dianggotai oleh 21 buah negara termasuk Malaysia. Ia merupakan satu foru​m antarabangsa yang menjadi medan perundingan dan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara rantau Asia Pasifik.​​​

Matlamat ​APEC

Matlamat utama APEC ialah untuk mewujudkan perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka selaras dengan Pengisytiharan Bogor 1994 dengan mengambil kira tahap perbezaan pembangunan di kalangan negara anggota. APEC pada asasnya memberi tumpuan kepada 3 bidang utama iaitu:​​​​​​​​ ​

  1. liberalisasi perdagangan dan pelaburan;
  2. pemudahcaraan perniagaan; dan
  3. kerjasama ekonomi dan teknikal.
  4. ​ ​

APEC: Transportation Working Group (APEC TPTWG)​ ​​

Penglibatan Kementerian Pengangkutan dalam kerjasama APEC ini merangkumi dua platform utama dalam bidang pengangkutan iaitu Mesyuarat Transportation Working Group (TPTWG) yang diadakan secara berjadual sebanyak dua kali setahun. Mesyuarat ini secara lazimnya akan dimulakan dengan Mesyuarat Ketua Delegasi (HODs) yang akan memberi panduan terhadap setiap isu yang bakal dibangkitkan dalam Mesyuarat Kumpulan Pakar dan Sub-Group Meeting. Mesyuarat ini akan melibatkan 4 Mesyuarat Kumpulan Pakar iaitu Aviation Experts Group Meeting (AEG), Land Experts Group Meeting (LEG), Maritime Experts Group Meeting (MEG) dan Intermodal and Intelligent Transportation System (ITS) Experts Group Meeting (IIEG).​​​​

Kumpulan Kerja Pengangkutan bertujuan untuk mencapai liberalisasi perkhidmatan pengangkutan dan kerja-kerja untuk meningkatkan keselamatan sistem pengangkutan APEC untuk menggalakkan pembangunan ekonomi di rantau Asia-Pasifik. Ia juga bertujuan untuk mengimbangi keselamatan dan keperluan alam sekitar dengan kemudahan perdagangan. Usaha turut ditumpukan kepada inisiatif memudahkan peraturan-peraturan dasar dalam negeri, pembangunan rantaian bekalan antara mod dan aktiviti pengangkutan yang selamat. Pada masa yang sama, langkah-langkah yang serupa juga telah diambil oleh anggota APEC yang lain untuk mengukuhkan keselamatan semua mod pengangkutan yang merangkumi darat, laut dan udara.​​​

APEC TPTWG Ke-41 telah diadakan pada Mei 2015 di Jeju, Korea Selatan.​​​ Manakala APEC TPTWG Ke-42 telah diadakan di Papua New Guinea. Malaysia akan menganjurkan Mesyuarat APEC TPTWG Ke-43 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 6 - 9 September 2016.

Mesyuarat APEC Peringkat Kumpulan Kerja Pengangkutan (TPTWG) ke-39 & 40 di Christchurch, New Zealand dan Hong Kong, China

TPTWG1 Wakil delegasi MOT ke Mesyuarat APEC Peringkat Kumpulan Kerja Pengangkutan (TPTWG)
TPTWG2 Wakil delegasi MOT ke Mesyuarat APEC Peringkat Kumpulan Kerja Pengangkutan (TPTWG)​​​​​​​​
TPTWG3 Wakil delegasi MOT ke Mesyuarat APEC Peringkat Kumpulan Kerja Pengangkutan (TPTWG)​​​

APEC: Transportation Ministerial Meeting (APEC TMM)​​​​

Di samping itu, Kementerian Pengangkutan turut terlibat dalam Mesyuarat Menteri Pengangkutan ya​​ng diadakan setiap dua tahun sekali. Mesyuarat Menteri Pengangkutan APEC ke-8 (TMM8) telah diadakan dari 4 hingga 6 September 2013 di Tokyo, Jepun. Mesyuarat Menteri Pengangkutan APEC ke-9 (TMM9) akan diadakan pada bulan Oktober 2015 di Cebu, Filipina. Mesyuarat Menteri ini akan dihadiri oleh Menteri atau Timbalan Menteri Pengangkutan dengan Pegawai Kanan Kementerian.​

Mesyuarat ini memberi peluang kepada Menteri Pengangkutan Asia dan Pasifik untuk bertemu dan membincangkan isu-isu kerjasama pengangkutan. Dalam masa yang sama, ia juga memberi peluang kepada negara-negara yang berkaitan untuk membincangkan perkongsian maklumat, pembinaan kapasiti serta penyelarasan antara negeri dalam hal berkaitan termasuk keselamatan pengangkutan untuk memastikan perkhidmatan pengangkutan serantau dan antarabangsa yang lancar dan efisien.

APEC1 Women in Transportation Forum pada 4 September 2013
APEC2 Timbalan Menteri Pengangkutan bersama Menteri Pengangkutan Singapura semasa TMM ke-8 pada 5 September 2013​​​​​​​​
APEC3 Timbalan Menteri Pengangkutan bersama Menteri Pengangkutan Indonesia semasa TMM ke-8 pada 5 September 2013​​​

APEC: Women In Transport Data Framework and Best Practices Initiative

APEC Women in Transportation Data Framework and Best Practices Initiative (Inisiatif APEC WiT) telah dilancarkan sempena Mesyuarat Peringkat Menteri Pengangkutan APEC yang diadakan pada Oktober 2015 di Cebu, Filipina. Amerika Syarikat bersama rakan strategik utama, Filipina dan Vietnam telah menerajui agenda APEC WiT ini melalui kajian, pembiayaan dan pembangunan laporan inisiatif APEC WiT dengan sasaran untuk merangka dan melaksanakan langkah-langkah mempertingkatkan peluang untuk wanita di seluruh sektor pengangkutan dan logistik.

Inisiatif APEC WiT ini telah mengenalpasti 5 asas utama sebagai teras strategik iaitu Pendidikan, Kemasukan ke Sektor, Pengekalan, Kepimpinan, serta Akses dan Penggunaan. Penglibatan Malaysia dalam inisiatif ini telah diluluskan semasa mesyuarat APEC Transport Working Group di Papua New Guinea pada 6 April 2016. Projek perintis Malaysia telah memberi tumpuan kepada asas Kepimpinan yang memfokuskan topik pelaburan dalam meningkatkan penglibatan wanita profesional dalam sektor pengangkutan, meningkatkan peluang bagi wanita untuk menjadi pemimpin dalam sektor pengangkutan dan pengiktirafan yang lebih tinggi terhadap wanita sebagai pemimpin dalam sektor ini.​

Sebagai permulaan, pasukan projek APEC WiT telah memilih untuk memberi tumpuan kepada subsektor pelabuhan kerana dianggap sektor yang paling mencabar bagi wanita. Sehubungan dengan itu, projek Data Initiative Pilot Project for the Port Sector in Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia telah dilancarkan. Malaysia Institute of Transport (MITRANS), UiTM telah dilantik untuk menerajui penyelidikan dan melaksanakan projek serta disokong oleh Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILT-M) dan TalentCorp Malaysia.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, pasukan projek APEC WiT telah berusaha untuk menjayakan inisiatif tersebut dan melaporkan kemajuannya dalam setiap mesyuarat APEC Transport Working Group. Proses yang terlibat dalam usaha-usaha membangunkan potensi wanita sebagai pemimpin di sektor pelabuhan telah berjaya didokumenkan dalam bentuk Tool Kit: Advocating for Leadership through Mentoring Programme within the APEC Framework of Women in Transportation supaya dapat diaplikasikan oleh sektor pengangkutan dan logistik bukan hanya di Malaysia malah akan menjadi sumber rujukan untuk Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik yang lain.

Video ringkasan mengenai program APEC Women In Transport and Mentoring: At A Glance

Youtube

Dokumen toolkit boleh dimuat turun pada pautan berikut :

Tool Kit: Advocating for Leadership through Mentoring Programme within the APEC Framework of Women in Transportation