Keselamatan maritim merangkumi bidang keselamatan pelayaran, pelaut, tindak balas tumpahan minyak dan sistem lalu lintas kapal. Unsur-unsur ini penting untuk memastikan perairan Malaysia selamat, terjamin dan lestari.
Keselamatan Pelayaran
Bagi memastikan keselamatan pelayaran di perairan Malaysia terjamin, alat-alat bantuan pelayaran seperti rumah api, tanda arah suar dan juga pelampung pandu telah ditempatkan mengikut kawasan yang bersesuaian. Selain itu, Marine Electronic Highway dan Traffic Separation Scheme juga telah dibangunkan bagi memastikan keselamatan lalulintas trafik di laut.
Pelaut
Pelaut yang terdiri dari krew dek dan kejuruteraan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengoperasian dan penyelenggaraan kapal. Kepakaran teknikal serta pengetahuan luas berhubung pengoperasian kapal adalah satu elemen yang penting yang perlu ada pada pelaut.
Respon Tumpahan Minyak
Pengoperasian kapal berkemungkinan menyebabkan risiko insiden dan pelanggaran kapal sekaligus boleh menyebabkan tumpahan minyak. Ini seterusnya berkemungkinan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar marin dan juga komuniti maritim yang lain. Dengan demikian telah dibangunkan sistem respon tumpahan minyak.
Sistem Trafik Perkapalan
Sistem Trafik Perkapalan adalah satu sistem pemantauan trafik marin bertujuan memantau pergerakan kapal-kapal yang melalui perairan negara dan juga membantu dari aspek keselamatan pelayaran.