Dasar e-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan. Kementerian Pengangkutan Malaysia sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Kementerian untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Kajian Atas Talian, Aduan Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Suara Anda, Emel dan Media Sosial Rasmi Kementerian Pengangkutan iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.

Oleh yang demikian, Kementerian amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan COPYRIGHT LAW, TRADEMARK, PATENT dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan​

E-PENYERTAAN
Pilih Kategori penyertaan anda:

Penerangan Kategori
​URL Penyertaan
​Untuk setiap pertanyaan dan maklumbalas
Sekiranya mempunyai aduan berkaitan pengangkutan
Aduan berkaitan integriti pegawai Kementerian Pengangkutan
​​
​Jika anda mempunyai cadangan penambahbaikan pengangkutan awam
​​​​
​Hubungi kakitangan Kementerian Pengangkutan
​​
​Bersama kami di Media Sosial Rasmi Kementerian Pengangkutan
​​

Senarai E-Penyertaan

​Tahun
​Senarai
Tarikh
​2022
Kajian Kepuasan Pelanggan​
5 September 2022 - 5 November 2022
​2022
Kajian Kepuasan Pelanggan
1 April 2022 - 1 Julai 2022
​2022
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) 1 January 2022 - 31 Disember 2022​
​2022
Suara Anda 1 January 2022 - 31 Disember 2022​​
​2021​​
Kajian Kepuasan Pelanggan ​15 September 2021-15 November 2021
​2021
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) ​
1 January 2021 - 31 Disember 2021​
​2021

Suara Anda 1 January 2021 - 31 Disember 2021​​​