Kementerian Pengangkutan Malaysia

Keselamatan Pelayaran

Keselamatan maritim merangkumi hal ehwal berkaitan keselamatan pelayaran, pelaut, respon tumpahan minyak dan sistem trafik perkapalan. Elemen ini penting bagi memastikan perairan Malaysia selamat dan alam persekitaran marin tidak tercemar.​​

Keselamatan Pelayaran​​

Alat Bantuan Pelayaran​​​​

Malaysia mempunyai persisiran pantai sepanjang 4500 kilometer. Dengan bilangan kapal-kapal yang belayar di perairan Malaysia meningkat saban tahun, alat bantuan pelayaran adalah amat penting bukan sahaja bertujuan melancarkan perjalanan kapal ke destinasi tetapi juga untuk memastikan keselamatan pelayaran. Sejajar itu, Malaysia telah mengambil tindakan meletakkan alat-alat bantuan pelayaran di sepanjang perairan negara merangkumi rumah api, tanda arah suar (beacon) dan juga pelampung pandu (buoy). Kesemua alat bantuan pelayaran ini adalah di bawah pengawasan Lembaga Dius Api yang diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM)​.

Rumah Api​

​Rumah Api yang paling awal diperkenalkan adalah merupakan salah satu dari alat bantuan pelayaran. Sebahagian besar rumah api yang ada ketika ini turut dilengkapi dengan radar bagi tujuan pengawasan dan pemerhatian kapal yang melalui perairan negara. Rumah Api yang terawal di Malaysia adalah Rumah Api Melaka (Malacca Light) yang dibina pada pertengahan tahun 1800, di atas sebuah bukit yang menaungi Pelabuhan ​​Melaka pada ketika itu. Kini, terdapat 40 buah rumah api di seluruh Malaysia.

aids-to-navigation-lighthouse.jpg

Tanda Arah Suar (Beacon)

aids-to-navigation-beacon.jpg


Tanda Arah Suar bertujuan untuk menandakan alur pelayaran, batuan, beting dan lain-lain. Ia mempunyai binaan tetap di sesuatu lokasi yang ditetapkan.

Boya (Buoy)

Boya merupak​​an pelampung yang terapung di permukaan air yang telah diikat dengan rantai (kili-kili) dan pemberat yang diletakkan ke dasar laut. Boya bertujuan untuk menandakan had lebar alur pelayaran, penandaan kapal karam, labuhan dalam, kawasan bahaya dan lain-lain.​​

aids-to-navigation-bouy.jpg

Marine Electronic Highway

Marine Electronic Highway Demonstration Project (Projek MEH) adalah merupakan projek yang ditaja oleh Global Environtment Facility (GEF) dan International Bank for Reconstruction and Development (IBRD). Project ini melibatkan 3 negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura dengan kerjasama International Maritime Organization (IMO), International Hydrographic Organization (IHO), International Chamber of Shipping (ICS) dan International Association of Tanker Owners (INTERTANKO).

Projek MEH di Selat Melaka dan Selat Singapura yang turut merupakan Pilot Project IMO ini memiliki 3 (tiga) komponen utama iaitu :

  1. Perlindungan alam sekeliling marin (environmental protection);
  2. Keselamatan lalu lintas laut (safety of navigation);
  3. Keberlanjutan pendanaan (sustainable financing)

Traffic Separation Scheme

Traffic Separation Scheme (TSS) adalah skim pemisahan lalulintas trafik yang diwujudkan bagi memudahkan lalulintas trafik di Selat Melaka. Tujuan sistem ini diadakan ialah untuk mengurangkan risiko pelanggaran dekat di antara kapal (close quarter situation). Melalui sistem ini, laluan pelayaran kapal dipisahkan mengikut alur pelayaran yang ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Lokasi ​Rumah Api di Malaysia​

​​