Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Senai International Airport (SIA)

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (SIA)

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (Senai International Airport) terletak di dalam salah satu zon pembangunan strategik Malaysia berdekatan lebuh raya dan rangkaian keretapi yang akan berhubung sehingga ke China. Ianya juga memberikan akses mudah kepada fasiliti moden di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, dan Singapura.


Servis Dan Fasiliti

  • Lokasi : 23KM dari Johor Bahru, Johor
  • Kapasiti Terminal : 3.5mppa
  • Penumpang waktu Kemuncak : 400 penumpang/jam
  • Jumlah Aircraft Bay : 11(4 Terminal Bay,3 Remote dan 4 Kargo)
  • Jumlah Kaunter Check In : 16
  • Jumlah Kaunter Imigresen : 12
  • Jumlah Kaunter Kastam : 3
  • Kemudahan-kemudahan Lain Yang Disediakan:
    1. Gudang Kargo(Kastam Bonded)
    2. Kedai Makan
    3. Bank
    4. Pejabat Pos
    5. Kaunter Pertukaran Wang Asing
    6. Klinik & Farmasi

Senai Business Aviation Terminal ​(SBAT) untuk kegunaan penumpang jet peribadi dan “General Aviation”. Terminal ini dilengkapi dengan kemudahan “business lounge” berserta fasiliti Imigresen dan Kastam


Operator Lapangan Terbang

Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATSSB)

Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd telah diperbadankan pada tahun 1992 dan telah mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada November 2003 secara konsesi selama 50 tahun.

Butiran lanjut sila lawati Senai Airport


Operasi Syarikat Penerbangan

  1. Malaysia Airlines
  2. Firefly
  3. AirAsia
  4. Malindo
  5. Executive Jets Asia (FBO)
  6. Sapura Aero (FBO)


Statistik Pengendalian Trafik

N/A


Caj Perkhidmatan Penumpang

RM 65 bagi destinasi antarabangsa

RM 9 bagi destinasi domestik​