Lapangan terbang ini yang terletak 8 km dari bandar raya Kota Kinabalu, berfungsi sebagai gerbang utama ke negeri Sabah dan untuk memasuki Borneo. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Jesselton Airfield semasa Perang Dunia ke-2. Lapangan terbang ini telah melalui pelbagai fasa penaiktarafan. Pada hari ini, ia merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Lapangan terbang ini mempunyai pelbagai kedai jualan runcit dan bebas cukai, kafe dan restoran, serta ruang menunggu premium untuk kemudahan dan keselesaan perjalanan para penumpang.
Ia mempunyai sebuah landasan kapal terbang, menawarkan lima buah titi udara termasuklah tiga buah tempat parkir pesawat serta memiliki kelengkapan untuk mengendalikan pesawat besar seperti Boeing 747. Lapangan terbang ini mempunyai kapasiti untuk menampung 9 juta orang penumpang setiap tahun.
Servis Dan Fasiliti
- Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
- Kapasiti Terminal : 9.0mppa
- Penumpang waktu Kemuncak : 3200 passengers/hr
- Jumlah Aircraft Bay :
- Jumlah Kaunter Check In : 64
- Jumlah Kaunter Imigresen : 36
- Jumlah Kaunter Kastam : 3
- Kemudahan-kemudahan Lain Yang Disediakan:
- Handicraft&Souvenirs, Books & Magazines
- Pen&Electrical Goods, Toys, Leather Good
- Perfumes & Cosmetics, Sunglasses
- Man&Ladies Fashion, Leather
- Chocolate & Confectioneries
Operator Lapangan Terbang
MAHB
Malaysia Airports Holdings Berhad diperbadankan sebagai sebuah syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dalam tahun 1999, dan menjadi pengendali lapangan terbang yang pertama di Asia dan yang ke enam di dunia yang disenaraikan di bursa saham. Malaysia Airports ialah satu-satunya syarikat lapangan terbang dengan pelbagai portfolio lapangan terbang, justeru meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Lapangan terbang di bawah pengendalian MAHB adalah dari 5 pintu keluar/masuk antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik hinggalah ke 18 pangkalan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOLports) yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan pedalaman dan terpencil di Malaysia.
Butiran lanjut sila lawati
MAHB
Operasi Syarikat Penerbangan
- AirAsia
- Asiana Airlines
- Hong Kong Dragon Airlines
- Royal Brunei Airlines
- Malaysian Airlines
- Silk Air
- Cebu Airlines
- Korean Airlines
- Easter Jet
- MASwings
- Zestair
- Indonesia Air Asia
- Hong Kong Express Airways
- China Eastern Airlines
- Jin Air
- China Airlines
- China Southern Airlines
- MASWings
- Transmile Air
- Malindo Air
- Gading Sari
Statistik Pengendalian Trafik
Statistik terkini sila layari
MAHB
Caj Perkhidmatan Penumpang
RM 65 bagi T1 KKIA ke destinasi antarabangsa
RM 32 bagi T2 KKIA ke destinasi antarabangsa
RM 9 bagi T1 KKIA ke destinasi domestik
RM 6 bagi T2 KKIA ke destinasi domestik
Maklumat lanjut mengenai caj perkhidmatan penumpang sila layari
MAHB