Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA - KL International Airport) yang dibuka pada tahun 1998 merupakan salah sebuah hab penerbangan utama di Asia Tenggara. Ia terletak di bahagian atas koridor selatan Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Jarak lapangan terbang ini dari ibu kota Kuala Lumpur adalah kira-kira sejauh 50km.

Servis Dan Fasiliti

  • Lokasi : Sepang, Selangor
  • Kapasiti Terminal : 25 mppa
  • Penumpang waktu Kemuncak (Current Peak Hour Pax (SBR)) : 5,767 php
  • Jumlah Aircraft Bay : 46 contact + 38 remote stands
  • Jumlah Kaunter Check In : 242
  • Jumlah Kaunter Imigresen : 130
  • Jumlah Kaunter Kastam : 26
  • Kemudahan-kemudahan Lain Yang Disediakan:
    1. 1.1km Walkalators with aerotrain (Fully covered)
    2. Washroom facilities , 935 cubicles (80 disable friendly)108 toilets
    3. 11 Prayer Room

Butiran lanjut sila layari MAHB

Operator Lapangan Terbang

MAHB

Malaysia Airports Holdings Berhad diperbadankan sebagai sebuah syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dalam tahun 1999, dan menjadi pengendali lapangan terbang yang pertama di Asia dan yang ke enam di dunia yang disenaraikan di bursa saham. Malaysia Airports ialah satu-satunya syarikat lapangan terbang dengan pelbagai portfolio lapangan terbang, justeru meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Lapangan terbang di bawah pengendalian MAHB adalah dari 5 pintu keluar/masuk antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik hinggalah ke 18 pangkalan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOLports) yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan pedalaman dan terpencil di Malaysia.

Butiran lanjut sila lawati MAHB

Operasi Syarikat Penerbangan

Senarai Syarikat Penerbangan melalui Lapangan Terbang ini sila layari MAHB

Statistik pengendalian Trafik

Sila layari MAHB

Caj Perkhidmatan Penumpang

RM 65 bagi destinasi antarabangsa

RM 9 bagi destinasi domestik

Maklumat lanjut mengenai caj perkhidmatan penumpang sila layari MAHB

Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2)

KLIA2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Terminal ini terletak kurang 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB). KLIA2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tambang murah di rantau ini dan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). KLIA2 telah dibuka pada 2 Mei 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT telah berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei 2014

Servis Dan Fasiliti

  • Lokasi : Sepang, Selangor
  • Kapasiti Terminal : 45mppa
  • Penumpang waktu Kemuncak (Current Peak Hour Pax (SBR)) : 5,757 php
  • Jumlah Aircraft Bay : 68 contact + 8 remote stands
  • Jumlah Kaunter Check In : 240
  • Jumlah Kaunter Imigresen : 100 +28 autogates
  • Jumlah Kaunter Kastam : 31
  • Kemudahan-kemudahan Lain Yang Disediakan:
    1. Sama-Sama Airside Transit Hotel
    2. Free buggy services
    3. 17 Muslim Prayer Rooms
    4. Free Showering facilities
    5. 24-hour health and medical service
    6. 1.5 km 32 Walkalators with buggies (Fully covered)
    7. Washroom facilities 840 cubicles (53 disable friendly) ,94 toilets

Butiran lanjut sila layari MAHB

Operator Lapangan Terbang

MAHB

Malaysia Airports Holdings Berhad diperbadankan sebagai sebuah syarikat senaraian awam di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dalam tahun 1999, dan menjadi pengendali lapangan terbang yang pertama di Asia dan yang ke enam di dunia yang disenaraikan di bursa saham. Malaysia Airports ialah satu-satunya syarikat lapangan terbang dengan pelbagai portfolio lapangan terbang, justeru meletakkannya di dalam kelasnya yang tersendiri. Lapangan terbang di bawah pengendalian MAHB adalah dari 5 pintu keluar/masuk antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik hinggalah ke 18 pangkalan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOLports) yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan pedalaman dan terpencil di Malaysia.

Butiran lanjut sila lawati MAHB

Operasi Syarikat Penerbangan

  1. AirAsia
  2. AirAsia Philipines
  3. AirAsia Indonesia
  4. AirAsia Thai
  5. AirAsia X
  6. Cebu Pacific
  7. Malindo Air
  8. Mega Maldives
  9. Tiger Air

Statistik pengendalian Trafik

N/A

Caj Perkhidmatan Penumpang

RM 32 bagi destinasi antarabangsa

RM 6 bagi destinasi domestik

Maklumat lanjut mengenai caj perkhidmatan penumpang sila layari MAHB​​