NLTF adalah titik pusat untuk mendorong dan memantau pelaksanaan Pelan Induk Kemudahan Logistik dan Perdagangan. NLTF juga menangani isu-isu yang berkaitan dengan industri logistik yang dibangkitkan oleh pemain industri. Ini adalah platform untuk menyelaraskan hal-hal logistik di antara agensi dan pemain industri.
NLTF diketuai oleh Menteri Pengangkutan dan dianggotai oleh agensi kerajaan dan pemain industri serta ahli akademik sebagai anggotanya.
Pasukan Petugas
Pasukan Petugas akan menerajui dan memantau pelaksanaan pelan tindakan.
Kumpulan Kluster
Lima kumpulan Kluster ditubuhkan untuk menerajui pelaksanaan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan.
Lima kumpulan kerja kluster yang dikategorikan adalah berasaskan halatuju strategik yang disyorkan dalam Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan.
Kumpulan kluster yang di terajui oleh jabatan/agensi adalah seperti berikut:
- Kluster I: Rangkakerja insitutusi dan perundangan di bawah Kementerian Pengangkutan Institusi;
- Kluster II: Fasilitasi Perdagangan di bawah Kementerian Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
- Kluster III: Infrastruktur dan Permintaan Fret di bawah Kementerian Pengangkutan;
- Kluster IV: Inovasi berasaskan ICT di bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia
- Kluster V: Pembangunan Modal Insan di bawah Kementerian Sumber Manusia.