Kementerian Pengangkutan Malaysia

Air Accident Investigation Bureau (AAIB)

​​​​Selamat Datang​


aaib-logo.jpg

Siapa Kami

Penubuhan Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (BSKU) adalah selaras dengan keputusan Kabinet bertarikh 14 Disember 2011 ke atas Memorandum Menteri Pengangkutan No. 1002/2011, yang dipersetujui dengan penubuhan BSKU di bawah Kementerian Pengangkutan dan bertanggungjawab terus kepada Menteri Pengangkutan. Sebagai entiti penyiasatan bebas, BSKU bertanggungjawab ke atas penyiasatan keselamatan bebas bagi semua insiden dan kemalangan udara yang berlaku di Malaysia yang melibatkan pesawat awam yang berdaftar di Malaysia dan juga pesawat awam asing. Biro ini juga mengambil bahagian dalam penyiasatan insiden dan kemalangan udara di luar negara yang melibatkan pesawat awam yang berdaftar di Malaysia selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

BSKU juga menjalankan tugas-tugas pencegahan kemalangan udara melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan secara berterusan. Bahagian ini akan menyimpan semua rekod dan data kes semua insiden dan kemalangan udara yang berlaku di Malaysia dan luar negara yang melibatkan pesawat awam yang berdaftar di Malaysia. Ia juga menjalankan kajian ke atas kes-kes insiden dan kemalangan udara yang telah berlaku dan sebarang penemuan dan langkah-langkah dari segi penambahbaikan keselamatan akan dicadangkan kepada pihak yang berkenaan untuk membaiki kelemahan yang dikenal pasti bagi mengelakkan berulangnya insiden dan kemalangan pada masa hadapan.


Carta Organisasi​

​​​BSKU%20org%20chart%20(MLY)v4.jpg

Carta Organisasi Kementerian

ministry-organisation-chart.jpg

Fungsi BSKU

BSKU mempunyai fungsi seperti berikut:

  • Mengetuai panel penyiasatan kemalangan udara;
  • Memastikan siasatan kemalangan udara dijalankan mengikut keperluan ICAO dan CAR 2016;
  • Untuk mengumpul rekod dan menganalisis semua maklumat yang ada mengenai kemalangan dan kejadian;
  • Menentukan sebab-sebab dan kesahihan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan udara;
  • Bertanggungjawab ke atas bangkai pesawat, alat perakam data dan suara, serta kawasan kemalangan bagi tujuan menyiasat punca kemalangan;
  • Untuk menyelaraskan tindakan dengan agensi keselamatan yang berkaitan dan untuk memelihara bahan dan bukti kemalangan supaya ia tidak tercemar atau diusik;
  • Menyediakan laporan berkaitan dengan penyiasatan dan keselamatan kemalangan udara;
  • Untuk merangka cadangan keselamatan dan untuk menangani isu keselamatan ini;
  • Melengkapkan laporan penyiasatan;
  • Untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang pencegahan kemalangan dalam semua komuniti penerbangan;

Buletin

Laporan dan Statistik

Laporan & Statistik Kemalangan

FAQ

FAQ BSKU

Rujukan

aeroplane.jpg 

Hubungi BSKU:

Alamat Pejabat
Air Accident Investigation Bureau​, Ministry ​of ​Transport of ​Malaysia
Level​ 8, No. 26, Jalan Tun Hussein, Precinc​t 4
62100 W.P. Putrajaya​, Malaysi​a​​​
E-mel: aaib@mot.gov.my

No. Telefon
03-8892 1071 / 012-3246197 (Capt. Dato' Yahaya Bin Abdul Rahman)
03-8892 1081​​

No. Faks
03-​8888 0163​​​​​​​​​​​​