Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU)

Latar Belak​​ang

Penubuhan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Air Accident Investigation Bureau(AAIB) adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 14 Disember 2011 ke atas Memorandum Menteri Pengangkutan No. M1002/2011 dimana telah dipersetujui dengan penubuhan BSKU di Kementerian Pengangkutan sebagai sebuah entiti bebas untuk mengendalikan siasatan keselamatan ke atas semua kemalangan udara yang berlaku di negara ini dan di luar negara dimana pesawat yang dibawah pendaftaran negara Malaysia, bertanggungjawab terus kepada Menteri Pengangkutan sebagaimana yang disarankan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)

BSKU ini juga akan menjalankan tugas-tugas pencegahan kemalangan udara melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang akan dilakukan secara berterusan. Bahagian ini akan menyimpan semua rekod dan data tentang kes-kes kemalangan udara yang berlaku di Malaysia dan luar negara yang dibawah pendaftaran Malaysia. Bahagian ini akan menjalankan kajian terhadap kes-kes kemalangan udara yang telah berlaku dan sebarang penemuan serta langkah-langkah penambahbaikan dari segi keselamatan akan dicadangkan kepada pihak-pihak berkenaan bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang menyebabkan berlakunya kemalangan udara ini. Hal ini seterusnya akan dapat mengelak atau sekurang-kurangnya mengurangkan risiko berlakunya kemalangan udara di masa hadapan.

Fun​gsi

BSKU mempunyai fungsi seperti berikut:

  1. mengetuai panel penyiasatan kemalangan udara;
  2. menentukan penyiasatan kemalangan udara dilakukan mengikut kehendak ICAO dan CAR 1996;
  3. menyediakan laporan hasil siasatan kemalangan udara berserta syor untuk dibentangkan kepada Menteri Pengangkutan selaras dengan CAR 1996;
  4. mengumpul rekod dan menganalisis semua maklumat ada mengenai kemalangan dan insiden;
  5. menentukan sebab-sebab dan kesahihan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan udara;
  6. bertanggungjawab ke atas bangkai pesawat, alat perakam data dan suara, serta kawasan kemalangan bagi tujuan menyiasat punca kemalangan sesuatu kemalangan udara;
  7. menyelaras tindakan dengan agensi keselamatan yang berkenaan untuk mengawal kawasan kemalangan dan bahan-bahan bukti supaya tidak dicemari atau diganggu;
  8. menyediakan laporan berkaitan dengan penyiasatan dan keselamatan kemalangan udara
  9. merangka cadangan keselamatan untuk menangani isu-isu keselamatan ini;
  10. melengkapkan laporan penyiasatan;
  11. mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman pencegahan kemalangan dalam semua komuniti penerbangan;

Carta ​Orga​nisasi​

chart

Warga​ Baha​gian​​​

staff

Siasatan Kemalangan Udara​​

Siasatan ​Kemalangan Udara​ Malaysia:​

Maklumat lanjut tentang Siasatan Kemalangan​ Udara ​Malaysia​​​​