| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 4/03/2024 | Dato' Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambah syarat dalam permohonan lesen bagi kelas (B penuh) untuk memastikan penunggang mampu mengendali motosikal berkuasa tinggi demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
| Papar Jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 4/03/2024 | Tuan Zulkifli Bin Ismail [ Jasin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah boleh atas budi bicara membenarkan bas ekspres menurunkan pelajar-pelajar IPT berdekatan dengan IPT mereka atas faktor keselamatan dan penjimatan kos para pelajar terutamanya pada waktu malam.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 4/03/2024 | Tuan Chiew Choon Man [ Miri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan kelulusan projek menaik taraf Lapangan Terbang Miri yang telah dipohon oleh Kementerian Pengangkutan.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 4/03/2024 | Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan menelan belanja RM100 bilion tanpa penglibatan Kerajaan wajar dilaksanakan dari segi ekonomi. Adakah Kerajaan akan menjamin pinjaman untuk projek HSR itu.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 4/03/2024 | Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan : a) apakah pihak Kementerian bercadang untuk mengeluarkan kelulusan khas untuk kapal kargo/kontena yang membawa barangan import secara terus masuk ke Pelabuhan Labuan daripada port of origin sebagai contoh dari Singapura dan China; dan b) kebenaran khas kapal kargo/kontena membuat hentian sekurang-kurangnya 1 hentian sebelum kembali ke negara asal.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 4/03/2024 | Kapten Azahari Bin Hasan [ Padang Rengas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perincian mengenai cadangan meneruskan semula pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang telah dibatalkan sebelum ini termasuk pecahan kos sebanyak RM4.7 bilion.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 4/03/2024 | Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah dasar, halatuju dan inisiatif Kerajaan dalam mempercepat peralihan tenaga boleh baharu bagi industri pengangkutan awam dan logistik, khususnya berkenaan prasarana pengecasan dan penggantian bateri (battery swapping).
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 4/03/2024 | Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan pengangkutan awam di negara masih mempunyai cabarannya seperti kadar penumpang yang masih tidak memuaskan dan sambungan pengangkutan awam yang masih kekurangan seperti "first and last mile connectivity". Justeru, apakah perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 4/03/2024 | Puan Isnaraissah Munirah Majilis [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan akan membantu hasrat Sabah untuk membina sebuah pelabuhan baharu di Kudat dan adakah kajian dan gerak kerja telah dibuat oleh Kementerian mengenai cadangan ini.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 7/03/2024 | Tuan Rushdan Bin Rusmi [ Padang Besar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambah gerabak penumpang ETS oleh kerana permintaan pengguna ETS semakin meningkat terutamanya penumpang yang ingin ke Perlis bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 7/03/2024 | Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah akan dilakukan pelaksanaan terhadap pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang telah diluluskan beberapa tahun lalu yang akan memasang alat timbang berat yang sofistikated di Lebuh Raya Pasir Gudang untuk mencegah kerosakan lebuh raya dari angkara lori-lori lebih muatan yang menjadi punca utama kerosakan di lebuh raya itu.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 7/03/2024 | Tuan Shaharizukirnain Bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan inisiatif Kementerian dalam mengguna pakai konsep first mile-last mile bagi meningkatkan kesalinghubungan antara pelbagai kemudahan awam sekali gus dapat memaksimakan impak penggunaan pengangkutan awam negara.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 7/03/2024 | Dato Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bila akan diadakan tempat kemudahan perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor untuk Puspakom di Lawas.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 7/03/2024 | Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tahap kesiapsiagaan sistem LRT, MRT, Komuter, ETS, Monorel serta kos penyelenggaraan tahunan untuk setiap sistem tersebut.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 7/03/2024 | Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan pihak Kerajaan untuk memberikan penyelesaian kepada permasalahan para pemandu P-Hailing yang dibangkitkan berkenaan kadar bayaran upah baharu yang mengalami penurunan drastik, sedangkan permintaan perkhidmatan P-Hailing ini tinggi.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 7/03/2024 | Tuan Rushdan bin Rusmi [ Padang Besar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendirian terkini kebenaran kenderaan persendirian Thailand yang membawa pelancong asing atau tempatan masuk ke negara ini melebihi dua kilometer dari pintu sempadan dan pertimbangan semula atas keperluan yang sudah berubah.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inisiatif Kementerian bagi memasang GPS untuk mengawal had laju lori dan memastikan pengendali syarikat kenderaan berat menyelenggara kenderaan mereka mengikut waktu yang sepatutnya.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah penambahbaikan dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan yang sedia ada khususnya terhadap pemandu bawah umur atau mereka yang tidak mempunyai lesen sehingga menyebabkan nahas di jalan raya.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin [Jerantut] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mempertimbangkan rungutan pekerja gig berkenaan tambang atau upah minimum kepada perkhidmatan e-Hailing dan p-Hailing.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah persediaan dan inisiatif yang akan dilaksanakan berikutan kenaikan harga tiket penerbangan pulang ke Sabah dan Sarawak sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada golongan mahasiswa yang ingin pulang beraya di kampung halaman.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Tuan Zahir bin Hassan [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah persediaan yang telah dibuat termasuk dan tidak terhad dari sudut perundangan, pematuhan mandatori United Nations Regulations (UNR) dan Malaysia Standards (MS), sistem dan infrastruktur jalanraya dan lalu lintas untuk membolehkan penggunaan autonomous vehicle (AV) di Malaysia.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kementerian bagi menambah bilangan polis bantuan di kawasan sekitar stesen KTMB seperti kawasan letak kenderaan, jejantas dan tandas yang sering berlaku kes jenayah sebagaimana kes serangan seksual berlaku di kawasan jejantas KTM Serdang baru-baru ini.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Tuan Chong Zhemin [ Kampar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha terbaru dalam misi mencari MH370.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Dato' Seri Amirudin bin Shari [ Gombak ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk membolehkan pentadbiran-pentadbiran negeri diberikan hak memulakan laluan bas sendiri seperti Bas Rapid Transit (BRT) bagi membantu mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kereta persendirian.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mempromosikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai destinasi pelabuhan kapal-kapal pelancong.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rasional Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memeterai perjanjian dengan syarikat Alstom serta usaha sama IJM Construction Sdn Bhd dan Pestech Technology Sdn Bhd untuk projek penggantian Aerotren di KLIA; sedangkan MAHB pernah menamatkan kontrak Pestech Technology Sdn Bhd pada Ogos lalu, disebabkan Pestech tidak menunjukkan prestasi kerja memuaskan, menjejaskan pencapaian penting projek dan berisiko kelewatan dalam menyiapkan projek Aerotren pada tarikh akhir yang ditetapkan.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 13/03/2024 | Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang status pelaksanaan kerja ke atas projek-projek LRT Pulau Pinang dan pembesaran Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang serta sama ada kos telahpun naik kerana penurunan nilai mata wang ringgit.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 19/03/2024 | Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik kesalahan melanggar kamera perangkap had laju di seluruh negara dan adakah pihak Kementerian bercadang menaikkan had laju kepada 120 KM/J.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 19/03/2024 | Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kutipan hasil daripada tawaran bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dan perincian insiatif yang telah dilaksanakan oleh Kementerian dengan menggunakan hasil kutipan NPI sejak tahun 2018 sehingga 2023.
| Papar jawapan |
| | Lisan | Mesyuarat Pertama | 19/03/2024 | Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah bas baru beroperasi di Lembah Klang sejak November 2022 sehingga kini dan sasaran penambahan bas baru untuk tahun 2025.
| Papar jawapan |