Dewan Rakyat ( Mesyuarat Kedua)

  
  
  
  
Soalan
  
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah mod pengangkutan awam Bus Rapid Transit (BRT) dan Autonomous Rapid Transit (ART) dapat
dioperasikan di Malaysia dan senaraikan bandar-bandar yang akan​ melaksanakan mod pengangkutan awam kos patut ini.

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kebenaran supaya feri kenderaan (Roro feri kenderaan) 
beroperasi sehingga jam 12.00 malam dan ditambah bilangan sedia ada bagi memastikan tidak ada masalah untuk rakyat Labuan atau Sabah berulang-alik menggunakan kemudahan feri.​

Papar Jawapn
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Kapten Azahari Bin Hasan [ Padang Rengas ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan langkah proaktif Kementerian untuk
meningkatkan aspek keselamatan pengguna basikal termasuk
penyediaan laluan basikal khas dan program-program advokasi sejajar
dengan hasrat untuk memaju agenda pengangkutan hijau.​​​​​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2024
Puan Syerleena Binti Abdul Rashid [ Bukit Bendera ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk
mengkaji semula lesen kenderaan motor (cukai jalan) lama yang masih
digunapakai tetapi dalam keadaan baik contohnya kenderaan 2000 cc
keatas.



Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
DATUK SERI HAJI JALALUDDIN BIN HAJI ALIAS [ JELEBU ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah sudah terdapat
mana-mana syarikat yang dikenalpasti boleh menyeimbangkan fungsi
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dalam usaha
untuk menghapuskan monopoli syarikat ini.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH [ LEDANG ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan kaedah dan keberhasilan polisi
melibatkan inisiatif khas pengasingan kemudahan khas mengikut jantina
pada pengangkutan awam.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Dato' Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status laluan keretapi di
Rantau Panjang bagi membantu meningkatkan ekonomi negara melalui
laluan rel di dalam inisiatif Rantau Panjang Revival.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan bagi
mengawal lonjakan harga tiket tambang penerbangan terutama
menjelang musim perayaan bagi laluan domestik, dan apakah jaminan
Kerajaan supaya perkara seperti ini tidak berlaku kelak dan sekali gus
meringankan bebanan rakyat.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Tuan Gobind Singh Deo [ Damansara ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan perancangan dan langkah-langkah yang
akan diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengangkutan
awam di kawasan-kawasan luar bandar dalam jangka masa 5 tahun.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
DATO' SERI HAJI AMINUDDIN BIN HARUN [ PORT DICKSON ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini kamera
AES dan berapa jumlah yang masih beroperasi dan adakah sebarang
kajian terkini keberkesanan penggunaan kamera AES.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan usaha Kerajaan bagi mewujudkan polisi
yang lebih agresif bagi merapatkan jurang pembangunan dan jaringan
pengangkutan awam antara bandar dan luar bandar terutama di negeri
pantai timur.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan peruntukan Kementerian untuk membantu operasi vanhailing seperti MOBI dan KUMPOOL bagi meningkatkan liputan
pengangkutan awam.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Tuan Shaharizukirnain Bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan perancangan bagi mengekang isu ulat
tiket bagi tiket kapal terbang serta perancangan Kementerian bagi
meletakkan harga syiling tiket penerbangan terutama pada musim
perayaan.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan untuk memperincikan pelan Kementerian
untuk memindahkan pentadbiran Pelabuhan Bintulu dari Kerajaan
Persekutuan ke Kerajaan Sarawak berdasarkan semangat MA63.



Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua6/06/2023
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Samsudin [Masjid Tanah] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah justifikasi penolakan
mata demerit yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan terhadap
pemandu kenderaan berat serta apakah peranan Agensi Pengangkutan
Awam Darat.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua23/03/2023
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan susulan kenyataan YB Timbalan
Perdana Menteri 1 di Kota Kinabalu pada 4 Mei 2023, bilakah isu
penubuhan Borneo Civil Aviation Authority (BCAA) akan dibawa ke
Jemaah Menteri untuk dibincangkan​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Kedua23/03/2023
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini projek menaik taraf jeti Kuala Kedah untuk menampung peningkatan pelancong ke Langkawi.​

Papar Jawapan