Dewan Rakyat (Mesyuarat Ketiga)

  
  
  
  
Soalan
  
  
LisanMesyuarat Ketiga26/10/2023
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengikut pecahan bulan bilangan rel, muatan dan nilai pengangkutan rel antara Malaysia, Thailand, Laos dan China selepas dilancarkan pada awal April 2023.   ​​​​​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/10/2023
Dato' Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik [ Balik Pulau ] Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan kerajaan untuk mengurangkan kesesakan trafik di Lembah Klang memandangkan penduduk menghabiskan masa sekurang-kurangnya 44 jam sebulan semata-mata dalam kesesakan trafik. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga26/10/2023
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tahap kesiapsagaan tren-tren ETS, Komuter, KTM, LRT, MRT3, dan monorel dengan pecahan terperinci mengikut jenis kerosakan dan kos pembaikian, contohnya tingkap komuter menakung air. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga26/10/2023
Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada terdapat perancangan untuk menambah laluan Bus Rapid Transit (BRT) di Lembah Klang dan sekiranya ada, garis masa pelaksanaan rancangan tersebut. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga26/10/2023
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk memperkenalkan Lesen Rahmah dan rebat takaful dan komprehensif bagi pemain gig ekonomi e-hailing. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga26/10/2023
Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Perak. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga26/10/2023
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana kerjasama antara Kerajaan dengan semua pemegang taruh membabitkan pihak syarikat dan penghantar makanan (p-hailing) telah dijalankan bagi menyelesaikan isu keselamatan yang membelenggu golongan tersebut di mana hampir 70% "rider" menunggang secara berisiko terutama pada waktu puncak. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga26/10/2023
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan peratusan pelaksanaan sistem pembayaran terbuka dalam rangkaian pengangkutan awam Lembah Klang terutamanya di dalam rangkaian Prasarana seperti LRT, MRT dan bas Rapid KL.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat usaha untuk memperkenalkan semula laluan udara Alor Setar-Kota Bharu. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah situasi kekurangan stok road tax di seluruh negara dapat kembali pulih sepenuhnya dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap supplier. Adakah Kementerian mempunyai sebarang rancangan jangka panjang untuk mengelakkan krisis serupa berulang pada masa depan. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun [ Port Dickson ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah ada perancangan daripada Kementerian untuk mengubah semula jajaran laluan ECRL dengan melalui Jelebu, Kuala Klawang, Bangi dan Putrajaya. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rancangan proaktif MAHB untuk melibatkan Industri teknologi tinggi dan Syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana yang bertapak di Bayan Lepas di negeri Pulau Pinang untuk projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Adakah syaratsyarat membantu industri tempatan akan dimasukkan ke dalam dokumen tender. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
TUAN AHMAD FADHLI BIN SHAARI [PASIR MAS] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pelan strategik jangka masa panjang oleh Kementerian bagi memastikan pengangkutan awam seperti bas dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat secara komprehensif terutamanya di kawasan luar bandar di seluruh negara. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-  a. status penggunaan perkhidmatan kenderaan awam berbanding kenderaan persendirian dan apakah pencapaian Malaysia sehingga kini; dan b. apakah ada perancangan untuk penyambungan LRT3 yang berakhir di Johan Setia ke destinasi seterusnya. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
Tuan Muhammad Fawwaz Bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan dalam menaik taraf dan menambah baik Program Dana Bantuan dan Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) yang menghubungkan antara kawasan bandar-bandar utama dengan kawasan luar bandar. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kementerian untuk mengurangkan kos bayaran bagi pengambilan lesen terutama lesen motor dan kereta disebabkan ramainya anak-anak remaja tidak mempunyai lesen atas sebab tiada kemampuan. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/10/2023
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- a) b) asas kriteria dalam memilih seorang Pengerusi Lembaga Pelabuhan dan sejauh manakah peranan mereka dalam membanteras kegiatan ekonomi gelap seperti penyeludupan di pelabuhan; dan berapa bilangan operasi kegiatan membanteras ekonomi gelap yang berjaya dijalankan sepanjang tahun 2019 sehingga 2023. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/10/2023
Tuan Lee Chean Chung [ Petaling Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dari 20% hingga ke sasaran 40% memandangkan masih terdapat isu kekerapan waktu tren yang rendah di waktu puncak serta kekurangan jumlah tren dan bas untuk menampung pengguna yang tinggi. ​
/SiteCollectionImages/parlimen/2023%20-%20%20dr%20-3/231023%20-%2019%20-%20PETALING%20JAYA%20-%20MENINGKATAN%20PENGGUNAAN%20PENGANGKUTAN%20AWAM%20SERTA%20KEKERAPAN%20TREN%20DAN%20BAS_FINAL.pdf
  
LisanMesyuarat Ketiga23/10/2023
Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan di dalam menjadikan Tok Bali sebagai sebuah pelabuhan dan pengkalan persisir dalam sektor minyak dan gas terutamanya untuk wilayah timur Semenanjung. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/10/2023
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa Malaysia Airlines menamatkan perkhidmatan inflight catering Brahim's Food Services Sdn. Bhd sebelum melantik katerer yang baru sebagai pengganti. Akibat daripada kecuaian pihak pengurusan Malaysia Airlines, nama baik MAS tercemar sehingga ke peringkat antarabangsa apabila penumpang kelas ekonomi dan perniagaan hanya diberikan buah, kek dan minuman kotak. Malahan penumpang juga dinasihatkan membawa makanan sendiri yang dibeli dari luar. Bagaimana jika  makanan yang mereka bawa adalah makanan non halal. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga14/11/2023
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah tambang percuma pengangkutan awam kepada orang kurang upaya, warga emas, pelajar dan kanak-kanak patut dilaksanakan. Punca utama kerosakan kemudahan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, nama syarikat yang bertanggungjawab dan apakah penyelesaiannya. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga14/11/2023
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [ Tampin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian berhasrat untuk menukar bentuk hukuman bagi kesalahan di jalan raya daripada mengenakan bayaran kompaun kepada hukuman yang lebih bersifat mendidik seperti Perintah Khidmat Masyarakat (PKM). ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperkenalkan harga lantai bagi memastikan bahawa pemandu-pemandu ehailing terus dapat mencari rezeki yang berpatutan. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga23/11/2023
Tuan Lee Chean Chung [ Petaling Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-  a. status kemajuan Kementerian dalam meminda undang-undang yang membolehkan penggunaan mikromobiliti seperti skuter elektrik dapat digunakan di atas jalan secara sah; dan b. adakah terdapat kerjasama strategik bersama Pihak Berkuasa Tempatan untuk memudah cara penggunaan mikromobiliti di kawasan komersial dan bandar. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga17/10/2023
Tuan Wan Razali Bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini perkembangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) :- a. bilangan syarikat tempatan dan syarikat luar yang terlibat dalam projek ECRL; dan b. adakah terdapat implikasi kewangan tambahan yang terkini bagi projek ini. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga17/10/2023
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan respon Kerajaan terhadap dakwaan bahawa pelabuhan pelabuhan Malaysia digunakan untuk memudahkan saluran bahan api jet kepada pesawat pengebom junta Myanmar. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga14/11/2023
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dengan jelas apakah tindakan susulan yang akan diambil Kementerian selepas pertemuan dengan beberapa pengendali syarikat e-hailing yang beroperasi di Malaysia terutamanya berkaitan dengan semak semula harga tambang yang dikatakan terlalu rendah sehingga merugikan para pekerja yang berada di dalam sektor gig ekonomi ini. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga14/11/2023
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan supaya memantau dan mengkaji semula kebebasan akademi memandu yang mengenakan caj-caj tidak munasabah kepada pemohon baharu yang memohon lesen memandu. Kenapa kadar bayaran berbeza antara setiap akademi memandu bagi kategori permohonan yang sama. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga14/11/2023
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai data statistik pertambahan pemilikan kenderaan individu di seluruh negara dalam jangkamasa 5 tahun lepas dan adakah ada perancangan strategik untuk mengawal kadar pertambahan kenderaan tersebut berbanding dengan kemudahan jalanraya sedia ada. ​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Ketiga11/10/2023
DATO' SRI SH MOHMED PUZI BIN SH ALI [ PEKAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam menintegrasikan pengangkutan awam supaya lebih sistematik dan efisien bukan sahaja di pusat bandar raya, tetapi juga di bandar-bandar kecil dan luar bandar. ​
Papar Jawapan
1 - 30Next