Dewan Rakyat (Mesyuarat Pertama)

  
  
  
  
Soalan
  
  
LisanMesyuarat Pertama20/09/2021
TUAN WONG HON WAI [ BUKIT BENDERA ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Kulim yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan sama ada ia sebahagian daripada National Aviation Plan Kerajaan Persekutuan.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama23/09/2021
DATUK ZAKARIA BIN MOHD. EDRIS @ TUBAU [LIBARAN] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian dalam menangani masalah yang dihadapi oleh institut memandu yang telah ditutup sejak 1 Jun akibat pandemik COVID-19.​

Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama23/09/2021
PUAN VIVIAN WONG SHIR YEE [ SANDAKAN ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah bantuan yang disediakan untuk pengendali bas awam di Sabah, seperti bas berhenti-henti dan bas mini, di mana mereka juga terpaksa beroperasi dengan mengurangkan kapasiti penumpang dan memendekkan masa operasi sepanjang pandemik.
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama23/09/2021
TENGKU ZULPURI BIN RAJA PUJI [ RAUB ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bahawa ada cadangan memanjangkan lesen terhad jenis untuk sektor pertanian di bandar Raub. Di mana salah satu dorongan daripada Kerajaan menolong sektor pertanian di luar bandar​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama23/09/2021
TUAN CHAN FOONG HIN [ KOTA KINABALU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju dengan cadangan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang mencadangkan moratorium pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LLM) dilanjutkan sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini? Apakah alasan Kerajaan bagi menafikan ataupun bersetuju dengan cadangan tersebut.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama28/09/2021
Tuan Syed Ibrahim Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pengangkutan menjelaskan secara terperinci: (a) Data dan statistik kemalangan jalanraya melibatkan kesalahan pemanduan lawan arus dari Januari 2021 sehingga setakat ini. (b) Faktor penyumbang terhadap kesalahan dan kemalangan yang berlaku serta langkah-langkah yang diambil untuk membendungnya.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama29/09/2021

DATO' MOHD. NIZAR BIN HAJI ZAKARIA (PARIT) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah langkah drastik yang telah diambil oleh Kementerian bagi membantu pengusaha bas yang berhadapan situasi gulung tikar akibat daripada sekatan rentas negeri; dan

(b) adakah terdapat sebarang usaha bagi memastikan pengusaha bas ini mampu bertahan sekiranya larangan rentas negeri masih berterusan.​


Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama29/09/2021
TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sistem temujanji yang dipakaiguna oleh JPJ dan PUSPAKOM telah mewujudkan banyak masalah seperti kebanyakan slot telah diambil oleh runners mengakibatkan orang ramai susah untuk mendapatkan slot itu. Terangkan cara untuk mengatasi masalah ini.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama29/09/2021
TUAN SYED IBRAHIM BIN SYED NOH [ LEDANG ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan menyatakan perkembangan dan perancangan Kerajaan dalam memastikan industri logistik Malaysia bagi pasaran antarabangsa dan tempatan mencapai keupayaan strategik di masa hadapan.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama30/09/2021
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status kehilangan pelaburan luar negeri daripada projek Apricot, Facebook dan Google dan anggaran RM12-15 bilion oleh MDEC ekoran dasar Kerajaan PN yang membatalkan pengecualian kabotaj untuk syarikat teknologi tinggi yang diberikan oleh Kerajaan PH.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama11/10/2021
TUAN LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI [ SIBUTI ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mengurangkan harga tiket penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung dan Sabah yang sangat mahal ketika pandemik COVID-19 dan apakah langkah pemulihan bagi perkara tersebut.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama11/10/2021
TUAN KARUPAIYA A/L MUTUSAMI [ PADANG SERAI] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan dan projek komersial yang akan dilakukan sempena pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.​
Papar Jawapan
  
LisanMesyuarat Pertama11/10/2021
DATUK MOHAMADDIN BIN KETAPI [ LAHAD DATU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini cadangan untuk menaik taraf atau membina baru Lapangan Terbang Lahad Datu.​
Papar Jawapan