Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah sebabnya perkhidmatan feri di Pulau Pinang terhenti dan apakah usaha jangka pendek untuk menyambung perkhidmatan feri dan pelan jangka panjang untuk naik taraf perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan dalam merancakkan pemulihan sektor penerbangan yang terjejas teruk pasca COVID-19.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan maklumat terperinci untuk setiap projek pembangunan rel keretapi di bawah Kementerian Pengangkutan termasuk butiran nilai kontrak, nama syarikat kontraktor terlibat, status kemajuan projek, tarikh mula dan tarikh jangka siap.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah persiapan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam mengembalikan tahap penilaian Federal Aviation Authority (FAA) Amerika Syarikat terhadap CAAM dari Kategori 2 ke Kategori 1 pada masa terdekat.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan statistik dan prestasi pengendalian kontena oleh pelabuhan-pelabuhan utama di Malaysia untuk separuh tahun yang pertama 2020 (1H 2020) khususnya untuk Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Apakah langkah khusus yang diambil Kerajaan untuk merancakkan lagi industri logistik dan pelabuhan kita.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987) dipinda bagi membolehkan pesalahpesalah pemandu mabuk yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan menyebabkan kematian agar dimasukkan klausa memberi hukuman setimpal seperti hukuman mati jika telah menyebabkan kematian."
MENTERI PENGANGKUTAN
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya merancang pembinaan jeti Kuala Perlis yang baru kerana pada masa ini jeti tersebut mengalami mendapan yang tinggi (6 meter setahun) dan telah mengganggu kelancaran perjalanan feri-feri penumpang, kapal-kapal kargo dan bot-bot ikan yang mana telah menjejaskan ekonomi negara. Pembinaan jeti ini dicadang dibina 3km dari muara Kuala Perlis yang juga boleh berfungsi sebagai halangan kepada kemasukan penyeludup- penyeludup dan pendatang asing tanpa izin. Jeti ini juga boleh berfungsi sebagai sempadan di lautan."
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah mendapan muara sungai Kuala Perlis yang semakin teruk dan telah mengganggu kelancaran perjalanan feri-feri penumpang, kapal-kapal kargo dan bot-bot ikan di Kuala Perlis.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan menyatakan statistik penumpang (ridership) pengangkutan awam di bawah rangkaian perkhidmatan Rapid Rail dan Rapid Bus di Lembah Kelang secara terperinci dari Jan 2020 hingga Jun 2020 berbanding dengan tahun 2019 dan 2018 termasuk bilangan pengguna yang melanggani pas pengangkutan awam bulanan
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan Kementerian dalam usaha menambah baik perkhidmatan kargo di Pelabuhan Lumut, Perak.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bersetuju untuk menggabungkan RFP pembinaan pelabuhan baharu bersepadu Labuan dengan pembinaan Jambatan Labuan – Menumbok dan pengwujudan pusat industri bertaraf FTZ di kawasan Menumbok, Kuala Penyu. Penggabungan 3 perkara tersebut adalah sangat penting untuk menjadikan projek itu viable.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah pemandu e-hailing yang mendapat insentif secara 'one-off' sebanyak RM500 berdasarkan syarikat operasi e-hailing setakat ini. Bagaimana kerajaan membantu pemandu e-hailing atau pemandu teksi menangani kesan krisis COVID-19.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan membentangkan rancangan bagi mengetatkan undang-undang berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan inisiatif mengurangkan kadar kemalangan disebabkan pengaruh alkohol.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci hasil dapatan daripada kajian soal selidik dalam talian mengenai 'Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahaan Memandu Dalam Keadaan Mabuk' yang dilaksanakan pada 21 Mei hingga 4 Jun 2020.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kementerian bagi membendung dan mencegah kemalangan jalan raya yang diakibatkan oleh pemandu mabuk.