Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tarikh permulaan serta tarikh siap dijangka untuk projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sandakan.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk membesarkan atau memindahkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke satu tempat yang sesuai memandangkan lapangan terbang ini telah “overcapacity”.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah strategik berhadapan cabaran "crowding-out effect" syarikat-syarikat penerbangan gergasi terhadap syarikat-syarikat kecil disebabkan perlaksanaan ASEAN Single Aviation Market kelak.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah kerja-kerja pembinaan tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dijangka siap dibina.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang diambil bagi menyelesaikan masalah penduduk yang sering menjadi mangsa banjir kilat setiap kali hujan lebat di laluan Guar Stesen, Gurun, Kedah setelah siapnya Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah keselamatan terhadap pemandu dan pengguna e-hailing susulan kes samun dan bunuh penghujung Mei yang lalu.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan impak terhadap penambahan laluan penerbangan bagi Kuala Lumpur ke Sarawak terutamanya Kuala Lumpur-Sibu dan Johor-Sibu pada musim perayaan Gawai dan Raya baru-baru ini berbanding dengan impak terhadap penambahan laluan penerbangan bagi laluan yang sama pada masa perayaan Tahun Baru Cina 2019 dan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan harga tiket penerbangan domestik juga lebih rendah/mampu dibeli oleh mereka yang ingin balik ke kampung pada musim-musim perayaan.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan pemandu dan penumpang Grab.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan telah memuktamadkan pelaksanaan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), terutamanya dari segi kos keseluruhan dan jajaran pembinaan.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pendirian Kementerian dalam menggalakkan penggunaan basikal atau motosikal yang menggunakan kuasa elektrik atau bateri seperti yang diamalkan di negara luar seperti China.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pembinaan ECRL dan sejauh mana pengurangan skop dan kos pembinaan akan mempengaruhi proses penyiapan projek tersebut.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk nyahrahsia (declassify) laporan tragedi “Double Six” yang berlaku pada 6 Jun 1976 yang mana sebelas nyawa terkorban, termasuklah Ketua Menteri Sabah pada masa itu, memandangkan lebih daripada 43 tahun sudah berlalu dan tiada perlunya laporan tersebut terus dirahsiakan.