Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pemacu perkongsian perjalanan (cth. Grab) adalah merupakan pemandu 'Public Service Vehicle' (PSV). Apakah peratusan pemandu yang telah menjalani peperiksaan perubatan yang ditetapkan baru-baru ini.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (Public Service Vehicle-PSV) yang dikeluarkan kepada pemandu-pemandu 'e-Hailing' setakat ini dan berikan butiran mengikut negeri. Adakah pihak Kementerian berhasrat untuk melanjutkan tempoh untuk pendaftaran PSV untuk kenderaan 'eHailing'.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejak dasar baharu berkenaan cermin gelap kereta dilaksanakan berapakah jumlah kenderaan yang telah memohon untuk memasang cermin gelap seperti dibenarkan di bawah dasar ini kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah halangan Kementerian untuk menaik taraf lapangan Terbang Tawau kepada Lapangan Antarabangsa.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kementerian bagi mengurangkan beban pembelian tiket kapal terbang bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak yang belajar di semenanjung khususnya di musim perayaan dan adakah Kementerian akan memulakan perbincangan bagi tujuan tersebut dalam masa terdekat.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha pembasmian kuman di sistem pengangkutan awam untuk melindungi orang ramai dari penyait berjangkit kerana ia lebih mudah tersebar di ruang tertutup
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah statistik kemalangan jalan raya bagi tahun 2019 dan apakah inisiatif diambil oleh pihak Kementerian dalam mempromosikan pemanduan berhemah di jalan raya susulan kebelakangan ini pelbagai insiden 'viral' pergaduhan di kalangan pengguna jalan raya.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah terkini pemandu perkhidmatan seru pandu (e-hailing) dan berapa peratuskah penurunan yang telah berlaku selepas undang-undang baharu e-hailing dilaksanakan mulai 12 Julai 2019.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah melaksanakan e-hailing motosikal di samping melindungi teksi dan operasi e-hailing yang lain supaya perniagaan mereka masih berkekalan dan tidak diganti oleh e-hailing motosikal.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai pertambahan bilangan kenderaan-kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine) yang menjadi punca utama kepada pencemaran udara. Apakah langkah proaktif yang diambil Kementerian bagi mengatasi masalah ini.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah impak ekonomi dan sosial daripada aktiviti Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Kuantan.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah perbelanjaan untuk pengangkutan awam dalam setiap Negeri dari tahun 2013 hingga sehingga 2018
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memajukan dan menambahbaik system pengangkutan awam di seluruh Negara. Apakah sasaran penggunaan pengangkutan awam yang telah ditetapkan menjelang 2020 memandangkan bilangan kenderaan semakin meningkat.
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada harga maksima/siling akan ditetapkan bagi harga tiket penerbangan semasa musim puncak. Jikalau tiada, mengapakah syarikat penerbangan diberi layanan istimewa (preferential treatment).
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status kajian semula terhadap cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim seperti yang dilaporkan oleh portal akhbar ‘The Edge Markets’ dengan tajuk ‘MOT to review Kulim International Airport’ pada 2 Julai 2019.