Dewan Negara (Mesyuarat Kedua)

  
  
  
  
Soalan
  
1LisanMesyuarat Kedua31/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana kajian dilakukan dalam kebenaran penggunaan cermin gelap sepenuhnya khususnya dari aspek keselamatan, kesihatan dan ancaman penjenayah.

Papar Jawapan
51LisanMesyuarat Kedua31/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA) yang memaklumkan bahawa kadar kegagalan lulus peperiksaan bagi lesen vokasional (PSV Teksi/e-Hailing) sangat tinggi sehingga membuatkan pemandu e-Hailing terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menduduki semula ujian tersebut.

Papar Jawapan
59LisanMesyuarat Kedua31/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kedudukan Malaysia dalam keputusan siasatan kes menembak jatuh pesawat MH17.

Papar Jawapan
62LisanMesyuarat Kedua31/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status penglibatan Kerajaan Malaysia dalam siasatan insiden MH17 dan MH370 dan berapa kos yang telah dibelanjakan untuk operasi tersebut.

Papar Jawapan
71LisanMesyuarat Kedua31/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah maklum balas daripada pakar mengenai kebaikan dan keburukan peraturan cermin gelap pada kenderaan. Adakah tidak dilakukan penyelarasan terlebih dahulu di antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri sebelum peraturan ini dilaksanakan dan adakah peraturan baharu ini akan disemak kembali.

Papar Jawapan
91LisanMesyuarat Kedua29/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah pelaksanaan ujian Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) secara atas talian berkesan untuk memastikan pemandu bersedia sepenuhnya memandangkan tugas pemandu melibatkan kemahiran praktikal

Papar Jawapan
116LisanMesyuarat Kedua29/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan melatih golongan muda berkemahiran dalam teknologi rel khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan supaya mampu menguruskan dan mengendalikan ECRL semasa dan selepas pembinaan.

Papar Jawapan
8LisanMesyuarat Kedua29/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah sebab Kementerian atau pihak berkuasa KLIA tidak mengambil tindakan untuk mengeluarkan dua buah kapal terbang jenis Boeing 747 yang terbengkalai di lapangan terbang KLIA melebihi 5 tahun.

Papar Jawapan
35LisanMesyuarat Kedua29/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inisiatif atau pampasan yang diberikan kepada pengguna jika penerbangan mereka ditangguhkan atau dibatalkan.

Papar Jawapan
33LisanMesyuarat Kedua25/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang harga tiket kapal terbang MASWINGS yang diberikan subsidi oleh Kementerian
Pengangkutan tetapi merupakan harga tiket kapal terbang paling mahal dalam negara dari Labuan - Kota Kinabalu - Labuan (kos sehala ialah RM196.00 untuk penerbangan selama 25 minit).
Papar Jawapan
87LisanMesyuarat Kedua25/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kemalangan maut yang masih berada pada tahap yang membimbangkan terutamanya pada musim perayaan. Adakah sudah tiba masanya pihak Kementerian untuk menambah kamera AES di lebuh raya-lebuh raya utama di Malaysia.

Papar Jawapan
30LisanMesyuarat Kedua25/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perangkaan kenderaan Thailand yang masuk melalui pintu masuk sempadan Kelantan-Thailand dan sejauh mana JPJ menjalankan penguatkuasaan agar pemandu asing ini mematuhi peraturan-peraturan jalan raya.

Papar Jawapan
55LisanMesyuarat Kedua25/07/2019
Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian sudah bersedia untuk mengadakan rancangan yang terperinci untuk
memindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke satu kawasan yang sesuai untuk memenuhi permintaan trafik udara dan penumpang yang akan bertambah di masa akan datang.
Papar Jawapan
11LisanMesyuarat Kedua25/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah rancangan Kerajaan untuk memperkenalkan sistem Bas Rapid atau sistem alternatif seperti Autonomous Rail-Bus Rapid Transit untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu.

Papar Jawapan
101LisanMesyuarat Kedua25/07/2019

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai mekanisme terkini dalam mengawal penjualan dan penggunaan lampu xenon kereta (xenon headlights) yang menyumbang kepada kemalangan di atas jalan raya pada waktu malam.

Papar Jawapan
1 - 15Next