Dewan Negara (Mesyuarat Kedua)

  
  
  
Soalan
  
LisanMesyuarat Kedua20/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kadar kiraan penetapan harga tambang bas dan van sekolah yang membebankan ibu bapa kerana kadar kenaikan tambang berlaku hampir setiap tahun.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah yang diambil bagi menangani masalah pemandu lori yang positif dadah seperti kes pemandu lori yang membawa besi terbabas berdekatan terowong Menora pada 7/10/18. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian ke atas pemilik kenderaan berat atau majikan pemandu yang didapati memandu di bawah pengaruh bahan yang memabukkan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

(a) adakah telah dimuktamadkan isu perjawatan kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); dan

(b) adakah benar wujudnya ketidakadilan dari segi perjawatan yang menyentuh isu status pekerja, pemotongan gaji, tangga gaji yang ditawarkan serta lokasi penempatan baru.


Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat kajian laluan perkapalan yang telah, sedang dan berpotensi untuk menggunakan pelabuhan-pelabuhan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Apakah statistk penggunaan perkapalan bagi pelabuhan-pelabuhan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kerajaan bagi menyelamatkan dan memperkasakan industri perkhidmatan teksi dalam mendepani cabaran teksi 'e-Hailing'.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sedarkah Kementerian dilema yang dihadapi oleh bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkaitan isu perjawatan yang tidak adil dan tanpa arah tuju yang jelas di mana status diberi bertaraf kontrak, tangga gaji minimum P1TI, gaji pokok dipotong sehingga 60% dari gaji asal serta penempatan yang tidak jelas.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua19/12/2018

Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah bentuk tindakan undang-undang yang dikenakan kepada penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan motosikal di lebuh raya yang menyediakan laluan motosikal.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan inovasi dalam industri pengangkutan bagi menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan awam di negara ini.  

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua19/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana pendekatan dan perancangan yang perlu dimainkan oleh Kerajaan bagi memastikan desakan pemandu-pemandu teksi Lembah Klang ini ditangani dengan baik seiring dengan liberalisasi pengangkutan e-Hailing.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua18/12/2018

​Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah alternatif Kerajaan bagi mempertingkatkan sistem jaringan pengangkutan awam ke Kelantan seandainya Projek ECRL dibatalkan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua18/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana Kementerian telah menunaikan manifesto Janji No.8 iaitu membaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua18/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan bilangan tempat letak kereta berdekatan stesen KTM/MRT di Kajang. Apakah yang menghalang Kementerian dari menambah tempat letak kereta dengan membina parkir bertingkat di atas tanah milik KTMB berhadapan Masjid India di Jalan Reko, Kajang.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua17/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia melaksanakan cadangan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ke Kelantan seperti mana yang sudah beroperasi di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua17/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perkembangan terkini pencarian kehilangan kapal terbang MH370 termasuk tuntutan-tuntutan yang ditanggung Kerajaan.

Papar Jawapan
LisanMesyuarat Kedua17/12/2018

​Minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini pencarian pesawat MH370 selepas beberapa siri pencarian dengan kerjasama beberapa negara menemui kegagalan.

Papar Jawapan
1 - 15Next