Integrated Technical Cooperation Programme (ITCP)
ITCP adalah usaha dan komitmen Malaysia dalam pembangunan modal insan dalam bidang maritim dengan kerjasama Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO). Di bawah ITCP, peserta ditaja / dibiayai untuk menghadiri seminar / latihan / bengkel terpilih yang melibatkan negara-negara membangun dan pulau-pulau.
Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) ITCP antara Malaysia dan IMO pada 28 November 2013, membolehkan Malaysia menyumbang kepakaran atau menaja program tertentu di bawah koordinasi IMO secara berterusan dan berkala. Bahagian Maritim bertanggungjawab untuk menyelaraskan pelaksanaan program ITCP dengan melibatkan kerjasama agensi lain sama ada sektor kerajaan atau swasta.
Layari Facebook TCP untuk maklumat lanjut mengenai program ITCP.