Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Perkhidmatan Perlancongan/Pelayaran

Perkhidmatan Perkapalan

Perkhidmatan perkapalan merangkumi perkhidmatan perkapalan dan feri, pelancongan pelayaran dan pendaftaran kapal. Malaysia Shipowners’ Association pula merupakan persatuan yang mewakili kapal-kapal Malaysia, selain daripada Sabah dan Sarawak Shipowners’ Association.​

Perkhidmatan Perlancongan dan Pelayaran

​​

Bahagian Maritim juga menyelaraskan pembangunan sektor pelancongan pelayaran terutama dalam pembangunan infrastruktur di setiap destinasi di Malaysia agar mencapai standard antarabangsa sepertimana yang digariskan dalam Formulation of a Cruise & Ferry Intergrated Seaport Infrastructure Blueprint for Malaysia. Pelancongan Pelayaran adalah salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara​ (NKEA) yang telah ditetapkan negara dalam meningkatkan jumlah pelancong ke Malaysia.

Info Gr​afik Malaysia Sebagai Destinasi Kapal Persiaran Antarabangsa


cruise-shipping.jpg

Setakat ini beberapa terminal kapal persiaran yang dibina khas bagi kapal-kapal persiaran adalah di Pulau Pinang, Pulau Indah, Kota Kinabalu dan Langkawi. Sebuah lagi terminal kapal persiaran sedang dibina di Melaka dan dijangka siap pada 2017.​


Destinasi Kapal Persiaran​ di Malaysia​​​

NO. Destinasi 2013 2014 2015
1. Swettenham Pier Cruise Terminal, Penang 132 137 145
2. Langkawi 58 43 80
3. Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang 102 97 137
4. Melacca 45 46 49
5. Kota Kinabalu, Sabah 16 25 31
6. Kuching, Sarawak 6 8 6​