Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Pentadbiran & Pembangunan Pelabuhan

Pelabuhan Malaysia​

Malaysia mempunyai tujuh (7) pelabuhan utama Persekutuan iaitu Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Kemaman. Sementara itu, pelabuhan di Sabah dan Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak masing-masing.​​

Pembangunan & Pentadbiran Pelabuhan​

​​​​​​​​​​​​​T​​​​​​​​​​​​​Pentadbiran pelabuhan adalah dibuat di bawah akta-akta pelabuhan. Untuk tujuan ini, Lembaga Pelabuhan telah ​ditubuhkan untuk mentadbir pelabuhan utama berikut:​​


​Pelabuhan Persekutuan Pihak Berkuasa Pelabuhan​ Akta
Pelabuhan Pulau Pinang ​Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Akta Suruhanjaya Pulau Pinang 1955
Jeti Teluk Ewa ​Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Teluk Ewa)
Pelabuhan Klang Lembaga Pelabuhan Klang Akta Lembaga Pelabuhan 1963​
Pelabuhan Tanjung Bruas Lembaga Pelabuhan Melaka
Pelabuhan Kuantan Lembaga Pelabuhan Kuantan
Pelabuhan Kemaman ​Lembaga Pelabuhan Kemaman
​Pelabuhan Johor (Pasir Gudang) ​Lembaga Pelabuhan Johor
​​Pelabuhan Tanjung Pelepas
​Pelabuhan Bintulu Lembaga Pelabuhan Bintulu Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981
​Pelabuhan Labuan Lembaga Pelabuhan Labuan


Operasi pelabuhan utama telah diswastakan kepada operator berikut:​​


​​Pelabuhan Persekutuan​​​​​ Operator Pelabuhan​​
Pelabuhan Pulau Pinang Penang Port Sdn Bhd
Jeti Teluk Ewa Keda Cement Jetty Sdn Bhd
Pelabuhan Klang:
Pelabuhan Utara dan Selatan
Pelabuhan Barat
 
Northport (Malaysia) Berhad
Westports Malaysia Sdn Bhd
Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka Tanjung Bruas Port Sdn Bhd
Pelabuhan Kuatan, Pahang Kuantan Port Consortium Sdn Bhd
Pelabuhan Kemaman, Terengganu Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
Pelabuhan Johor (Pasir Gudang) Johor Port Sdn Bhd
Pelabuhan Tanjung Pelepas Pleabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd
Pelabuhan Bintulu Bintulu Port Sdn Bhd