Perkhidmatan Perkapalan
Perkhidmatan perkapalan merangkumi perkhidmatan perkapalan dan feri, pelancongan pelayaran dan pendaftaran kapal. Malaysia Shipowners’ Association pula merupakan persatuan yang mewakili kapal-kapal Malaysia, selain daripada Sabah dan Sarawak Shipowners’ Association.
Malaysian Shipowners’ Association
Malaysia Shipowners’ Association (MASA) telah ditubuhkan pada 1976. Objektif MASA ditubuhkan adalah untuk melindungi dan meningkatkan kepentingan pemilik kapal Malaysia. MASA mempunyai peranan yang penting di dalam industri perkapalan di Malaysia. Sehingga kini keahlian MASA adalah sebanyak 104 bagi ahli biasa dan 257 ahli bersekutu.