Kementerian Pengangkutan Malaysia

Latar Belakang Pelan Induk

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan

​Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan menyediakan rangka kerja strategik untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan dan memudahkan perdagangan serta menjadikan Malaysia sebagai "The Preferred Logistik ​Gateway to Asia ". Pelan Induk ini menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyerlahkan kekuatan negara dalam menyelesaikan bottlenecks dalam sektor logistik.

​​​​​​Pengenalan​

Pelan Induk L​ogistik dan Fasilitasi Perdagangan diwujudkan oleh Unit Perancang Ekonomi bersama perunding Frost and Sullivan. Pelan Induk Logistik dan fasilitasi perdagangan bertujuan untuk menggariskan strategi bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan dan mekanisme kemudahan perdagangan, meningkatkan produktiviti industri logistik fret secara keseluruhan dan menghubungkan industri dengan pasaran dengan lebih baik samada tempatan dan antarabangsa. Pelan Induk akan disokong dengan dasar, strategi dan pelan tindakan yang dapat untuk memberi jaminan kepada pemain industri dari kedua-dua sektor iaitu swasta dan awam dan membantu mereka membuat perancangan dan pelaburan perniagaan keputusan berdasarkan maklumat. Antara lain, Pelan Induk ini mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan untuk menjadi peneraju bagi meningkatkan pembangunan sektor logistik di Malaysia melalui pelaksanaan pelan tindakan yang digariskan di dalam Pelan Induk ini.

​​​Ringkasan Eksekutif Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan (2015-2020)​​​

​​​Logistik di Malaysia

logistik-di-malaysia.jpg

​​Logistik di MOT

logistik-di-mot.jpg​​