Kementerian Pengangkutan Malaysia

Kemalangan dan Kematian Jalan Raya di Malaysia

​​

Pengumpulan dan Pemantauan Data Kemalangan Jalan Raya

Terdapat dua jenis kaedah pengumpulan yang dijalankan, iaitu melalui penyiasatan kes kemalangan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM), serta melalui operasi penyiasatan dan rekonstruksi kemalangan berasaskan kaedah penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Penyiasatan yang dijalankan oleh pihak PDRM adalah di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meliputi kesemua peringkat kemalangan jalan raya. Manakala, penyiasatan dan rekonstruksi kemalangan berasaskan kaedah penyelidikan yang dijalankan oleh MIROS bertujuan mengenalpasti faktor kemalangan dan kecederaan mangsa, dari aspek pengguna, kenderaan serta jalan raya dan persekitaran. Penyiasatan oleh MIROS dijalankan menggunakan dua kaedah, iaitu retrospective dan on-the-spot, bergantung kepada tahap sesuatu kes kemalangan tersebut. Hasil penemuan yang diperolehi akan dibentang kepada pihak Kementerian bagi pengesyoran langkah-langkah pencegahan dan penambahbaikan oleh pihak berkepentingan.


Kadar kemalangan di Malaysia telah meningkat dalam tempoh 10 tahun (Rajah 3). Manakala, melalui sumber yang dilaporkan oleh pihak PDRM, bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia telah mencatatkan jumlah tertinggi bagi tempoh sembilan tahun, pada tahun 2016, dengan jumlah 7,152 kematian, dan jumlah terendah pada tahun 2018 dengan angka 6,284 kematian (Rajah 4). Manakala dalam tempoh tiga tahun (2016-2018) jumlah penurunan sebanyak 12.1% telah direkodkan.


Kemalangan Jalan Raya di Malaysia 2010 - 2019

Rajah 1: Kemalangan Jalan Raya di Malaysia 2010 - 2019


Kematian Jalan Raya di Malaysia 2010 - 2019

Rajah 2: Kematian Jalan Raya di Malaysia 2010 - 2019​​