Kementerian Pengangkutan Malaysia

Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

​​​

Kerusi keselamatan kanak-kanak ataupun disebut juga sebagai Child Restraint System (CRS) merupakan kerusi yang direka khas untuk kanak-kanak duduk di dalam kenderaan. Fungsi kerusi tersebut ialah untuk mengurangkan risiko kecederaan parah kepada kanak-kanak semasa nahas jalan raya apabila dipasang dengan betul. Di Malaysia, undang-undang pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak telah diwartakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Akta Pengangkutan Jalan 1978 – Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar)(Pindaan) 2019. Pada 1 Januari 2020, undang-undang pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak telah pun dilaksanakan ke atas kenderaan persendirian. Undang-undang di Malaysia menyatakan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR), iaitu R44 atau R129 dan kriteria anak-kanak ialah yang mempunyai berat kurang 36 kg, atau ketinggian kurang 136 cm atau berumur kurang 12 tahun. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, penguatkuasaan dijalankan secara advokasi kepada pemandu yang didapati tidak meletakkan kanak-kanak di dalam kerusi keselamatan. Berdasarkan kajian pemerhatian yang dijalankan oleh MIROS, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan pemandu, daripada 44% pada 2019 kepada 50% pada awal tahun 2020.


https://www.miros.gov.my/xs/page.php?s=crs-guidelines