Kementerian Pengangkutan Malaysia

Pengendali dan Lesen

Pengendali

Pengendali atau pemilik yang menjalankan operasi dan perkhidmatan kenderaan dan pengangkutan. Operator adalah terdiri daripada

  1. Syarikat( milikan tunggal/ “enterprise” / sendirian berhad)
  2. Persatuan
  3. Koperasi
  4. Agensi kerajaan/ badan berkanun

Setiap operator yang beroperasi perlu mempunyai sijil perniagaan atau pendaftaran yang sah seperti sijil perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Pendaftaran Koperasi, Sijil Pendaftaran Pertubuhan dan Akta Penubuhan sebagai Agensi Kerajaan/ Badan berkanun.​​

​​

Lesen​​​

Lesen pengendali

Mengandungi maklumat utama pengendali yang terdiri daripada nama , alamat dan nombor daftar syarikat/ persatuan/koperasi/ Agensi kerajaan/ badan berkanun.


Permit Kenderaan​​​

Tanda pengenalan yang dibawa bersama dan dipamerkan dalam setiap kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan.

Mengandungi maklumat utama terdiri daripada:

  • Nama , alamat daftar dan nombor syarikat/ persatuan/koperasi/ Agensi kerajaan/ badan berkanun.
  • Tempoh sah laku permit
  • Syarat khas perkhidmatan/kenderaan
  • Maklumat kenderaan seperti bilangan tempat duduk, nombor casis dan enjin.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan baharu, permohonan membaharui lesen pengendali dan permit kenderaan , pekeliling ataupun direktori berkaitan, sila hubungi pegawai APAD di talian 03- 2603 6600 atau layari laman sesawang www.apad.gov.my​​​