Kementerian Pengangkutan Malaysia

Perkhidmatan Perniagaan Pengantaraan (e-hailing)

​​

Perniagaan Pengantaraan (e-hailing) ialah satu perkhidmatan yang disediakan untuk menempah perkhidmatan pengangkutan awam melalui aplikasi elektronik. Perkhidmatan ini adalah termasuk kenderaan e-hailing dan teksi.

Kenderaan e-hailing ialah kenderaan persendirian yang digunakan untuk memberi perkhidmatan pengangkutan awam kepada penumpang yang menempah melalui aplikasi elektronik.

Kenderaan tersebut hendaklah kenderaan motor yang muatan tempat duduknya empat (4) orang dan tidak lebih daripada sebelas (11) orang (termasuk pemandu).

Operasi perkhidmatan e-hailing adalah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan e-hailing, sila hubungi dengan pegawai APAD di Jabatan Teksi menerusi talian 03-27267089 /03-27267045 atau emel di taxi@apad.gov.my atau laman sesawang Soalan Lazim Pelaksanaan Perkhidmatan e-hailing​​​