Kementerian Pengangkutan Malaysia

Perkhidmatan Rel

​​​

Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang

Secara ringkasnya, Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang terdiri daripada sistem kereta api berikut yang beroperasi dan saling menghubungi iaitu KLIA Ekspres, KLIA Transit, MRT, LRT, KTM Komuter dan KL Monorel. Pada masa ini terdapat 10 laluan kereta api yang beroperasi sepenuhnya di Lembah Klang; iaitu 2 laluan kereta api komuter, 5 laluan rapid transit, dan 2 laluan kereta api lapangan terbang (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) & Lapangan Terbang Subang). Pengendali kereta api di Lembah Klang adalah berikut:


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

  • KTM Komuter – Seremban Line
  • KTM Komuter – Port Klang Line
  • KTM Terminal Skypark Link

KTM Komuter adalah perkhidmatan kereta api komuter di Malaysia yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM). Perkhidmatan mula diperkenalkan pada tahu​n 1995 menghubungkan Kuala Lumpur dan kawasan pinggiran bandar sekitarnya di Lembah Klang.

Dua laluan utama perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang adalah Laluan Seremban (Batu Caves - Tampin) dan Laluan Pelabuhan Klang (Tg. Malim - Pelabuhan Klang). Terdapat 55 stesen Komuter di Lembah Klang, dan pertukaran diantara dua laluan ini boleh dilakukan di Stesen KL Sentral, Stesen Kuala Lumpur dan Stesen Putra.

Skypark Link adalah perkhidmatan kereta api yang menghubungkan anda dengan Lapangan Terbang Skypark Terminal Subang. Perkhidmatan ini menyediakan 30 perjalanan sehari dengan kekerapan setiap 60 minit. Dua laluan utama bagi perkhidmatan ini (vice-versa) adalah:

  • KL Sentral – Terminal Skypark (26km jarak perjalanan)
  • Subang Jaya – Terminal Skypark (9km jarak perjalanan)

​​​Maklumat lanjut: www.ktmb.com.my​​


Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail)

  • Laluan MRT Kajang
  • Laluan LRT Kelana Jaya
  • Laluan LRT Ampang
  • Laluan LRT Sri Petaling
  • Laluan KL Monorail​

Laluan MRT Kajang adalah perkhidmatan yang menghubungkan anda ke Sungai Buloh (barat laut KL) dan Kajang (tenggara KL) dengan jajaran sepanjang 51 km. Ia merangkumi elevetad guideway dengan jarak 41.5 km dan 24 stesen serta laluan bawah tanah dengan jarak 9.5 km dan 7 stesen bawah tanah. Laluan MRT SBK juga mengintegrasikan 7 stesen dengan laluan kereta api sedia ada. Selain itu, 16 stesen MRT juga dilengkapi dengan Kemudahan park & ride. Kekerapan perkhidmatan MRT pada waktu puncak adalah setiap 4 minit.

Laluan LRT terdiri daripada tiga laluan; Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Ketiga-tiga laluan tersebut diintegrasikan di Stesen Masjid Jamek dan Stesen Putra Height (Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling).

Laluan Kelana Jaya bermula dari Stesen Putra Heights, menghubungkan Kelana Jaya dan Gombak, dengan melalui Subang Jaya dan Petaling Jaya di selatan; barat daya dan dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur serta kawasan low density di sebelah utara. Stesen terminal untuk Laluan Kelana Jaya adalah Stesen Gombak (terminal utara) dan Stesen Putra Heights (terminal selatan) dan jumlah keseluruhan stesen LRT Laluan Kelana Jaya adalah sebanyak 37 stesen. Kekerapan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pada waktu puncak adalah setiap 3 minit.

Laluan LRT Ampang dan LRT Sri Petaling adalah laluan bersama yang merangkumi jajaran sepanjang 45.1kilometer dengan 36 stesen. Laluan LRT Ampang bermula di stesen LRT Ampang, sementara LRT laluan Sri Petaling bermula di Stesen LRT Putra Height (stesen pertukaran ke Laluan LRT Kelana Jaya), dan kedua-dua laluan itu berhubung di Stesen Chan Sow Lin. Laluan berhubung ini menuju ke arah utara, dan berakhir di Stesen Sentul Timur. Kekerapan perkhidmatan LRT Laluan Ampang pada waktu puncak adalah setiap 6 minit (dari Stesen Ampang dan Stesen Putra Height ke Stesen Chan Sow Lin) dan 3 minit (dari Stesen Chan Sow Lin ke Stesen Sentul Timur).

Laluan KL Monorel adalah sistem monorel bandar di Kuala Lumpur yang merangkumi jajaran sepanjang 8.6 km dengan 11 stesen. Stesen terminal untuk KL Monorail adalah Stesen KL Sentral dan Stesen Titiwangsa, dan laluan ini melalui kawasan komersial utama di Kuala Lumpur seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit dan Bukit Bintang. Kekerapan perkhidmatan Laluan KL Monorel pada waktu puncak adalah setiap 5 minit.

Maklumat lanjut: www.myrapid.com.my​​​


Express Rail Link Sdn Bhd (ERL)

  • KLIA Ekspress
  • KLIA Transit

KLIA Ekspres dan KLIA Transit adalah perkhidmatan kereta api komuter yang berfungsi sebagai laluan kereta api lapangan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan juga KLIA2. Kedua-dua perkhidmatan menggunakan laluan yang sama dari KL Sentral ke KLIA / KLIA2. Perkhidmatan KLIA Transit akan berhenti di semua stesen di sepanjang laluan, manakala perkhidmatan KLIA Ekspres menjalankan perkhidmatan ekspress tanpa henti dari KL Sentral ke KLIA / KLIA2. Perkhidmatan KLIA transit akan berhenti di 6 stesen manakala perkhidmatan KLIA Ekspress hanya berhenti di 3 stesen. Kekerapan perkhidmatan ini pada waktu puncak adalah setiap 15 minit.

Maklumat tambahan: www.kliaekspres.com


Perkhidmatan Keretapi Antara Bandar di Semenanjung Malaysia

Selain menyediakan perkhidmatan kereta api di Lembah Klang, KTMB juga turut menyediakan perkhidmatan kereta api yang menghubungkan bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia.

KTMB telah memperkenalkan 2 jenis perkhidmatan seperti berikut:

  1. Electric Train Service (ETS)

    ETS merupakan perkhidmatan keretapi ekspres menggunakan set tren Electric Multiple Unit (EMU). Selain itu, ETS hanya beroperasi di landasan berkembar dengan sistem elektrifikasi iaitu dari Gemas, Negeri Sembilan ke Padang Besar, Perlis. Perkhidmatan ETS ini akan diperluaskan ke sektor selatan apabila Projek Landasan Berkembar daripada Gemas ke Johor Bahru siap.

  2. Antarabandar

    Bagi kawasan yang tidak diliputi dengan sistem dan landasan elektrifikasi, KTMB memperkenalkan perkhidmatan Antarabandar dengan menggunakan set tren Diesel Multiple Unit (DMU). Perkhidmatan ini beroperasi di antara Gemas, Negeri Sembilan ke Tumpat, Kelantan dan dari Gemas, Negeri Sembilan ke Johor Bahru, Johor.​​

Jajaran KTMB adalah seperti di gambarajah berikut:

image1.png  

Perkhidmatan Kereta Api di Negeri Sab​ah

Rangkaian Keretapi di Sabah merupakan landasan tunggal sepanjang 134 KM dan 15 stesen, menghubungkan ibu negeri, Kota Kinabalu dengan kawasan lain di Sabah. Rangkaian ini bermula dari Tg. Aru, melalui Beaufort dan tamat di Tenom. Perkhidmatan keretapi dikendalikan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.


Pemodenan Kereta Api di ​Malaysia

Ringkasan pemodenan kereta api di Malaysia adalah seperti berikut:

Tahun Keterangan
1991
  • Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik dari Kuala Lumpur ke Port Klang.

  • 21 September 1991: Akta Keretapi 1991 telah diluluskan Perlimen dan tertubuhnya Jabatan Keretapi sebagai agensi yang bertanggungjawab mengawal selia pengangkutan kereta api.
1992
  • 1 Ogos 1992: Penswastaan KTM Berhad (KTMB) di bawah Akta Kereta api 1991.

  • 13 November 1992: Projek bagi Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR LRT) mula dilaksanakan.
1994
  • KTMB membeli set tren elektrik yang pertama daripada Jenbacher Transport System, Austria/Hungary. Set tren elektrik 3 gerabak ini dikenali sebagai EMU Class 81.

  • 15 Februari 1994 - Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (PUTRA LRT) mula dilaksanakan
1995
  • 3 Ogos – Perkhidmatan komuter yang pertama antara Kuala Lumpur ke Rawang dengan tambang percuma sehingga 11 Ogos.

  • 14 Ogos – Perkhidmatan komuter secara komersil antara Kuala Lumpur ke Rawang bermula dan kemudianya diteruskan sehingga Salak Selatan pada 29 September.

  • 28 Ogos – Perkhidmatan komuter secara komersil antara Sentul ke Shah Alam bermula dan kemudiannya dipanjangkan ke Klang pada 29 September, Port Klang pada 23 Oktober, dan Bangi pada 30 Oktober.

  • 13 November – Perkhidmatan komuter telah beroperasi di seluruh rangkaian KTM Lembah Klang hingga ke Seremban.
1996
  • KTMB memperkenalkan EMU Class 82 dan 83 perkhidmatan komuter.

  • EMU Kelas 82 buatan Union Carriages & Wagons, (UCW) South Africa Kelas 83 buatan Hyundai/Marubeni/ROTEM, South Korea EMU.

  • 16 Disember 1996: Perkhidmatan STAR LRT Fasa 1 dari Stesen Ampang ke Stesen Sultan Ismail bermula
1997
  • 25 Ogos 1997: Perjanjian Konsesi dengan Express Rail Link Sdn Bhd (ERLSB) telah ditandatangani.

  • Pembinaan KL Monorail oleh Hitachi Ltd bermula tetapi ditangguhkan pada Disember 1997 disebabkan oleh krisis kewangan Asia pada waktu itu.
1998
  • 11 Julai 1998: Perkhidmatan STAR LRT bagi Laluan Chan Sow Lin-Sri Petaling bermula.

  • Monorail Malaysia (MTrans) mengambil alih projek Kl Monorail daripada Hitachi Ltd dan memulakan pembinaan pada Julai 1998.

  • 1 September 1998 – Perkhidmatan LRT Putra dari Stesen Kelana Jaya ke Stesen Pasar Seni bermula.

  • 6 Disember 1998: Perkhidmatan LRT STAR dari Stesen Sultan Ismail ke Stesen Sentul Timur bermula.
1999
  • Pembinaan landasan kereta api dari Pelabuhan Tanjung Pelepas – Johor rail link.

  • 1 June 1999 - Perkhidmatan LRT Putra dari Stesen Pasar Seni ke Terminal Putra (kini Stesen Gombak) bermula
2002
  • Perkhidmatan ERL bermula pada 14 April 2002.
  • 1 September 2002 – Pengambil alihan Putra LRT dan STAR LRT oleh Kerajaan dan diletakkan di bawah pengurusan Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA).
2003
  • KTMB memperkenalkan lokomotif Kelas 29 buatan General Electric.

  • 31 Ogos 2003, KL Monorail System Sdn Bhd (KLMS) sebagai pengendali berlesen bagi perkhidmatan KL Monorel memulakan operasi tren.
2005
  • KTMB memperkenalkan Lokomotif Kelas 29 buatan Dalian Locomotive & Rolling Stock Co, China. 
2007
  • 28 November 2007: PRASARANA mengambil alih Monorel KL daripada KLMS.
2008
  • 8 Januari 2008: Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik dari Ipoh ke Padang Besar oleh MMC-Gamuda JV.

  • 18 Januari 2008: Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik dari Seremban hingga Gemas oleh IRCON.
2009
  • 30 Disember 2009: PRASARANA memperkenalkan tren set 4 gerabak untuk kegunaan perkhidmatan LRT.
2010
  • 12 Ogos 2010: KTMB memperkenalkan 5 unit tren set elektrik (ETS) Kelas 91 using 5 units of Class 91 buatan Hyundai/Rotem bagi perkhidmatan ETS dari KL ke Ipoh.

  • Kerajaan Malaysia telah meluluskan Projek MRT pada Disember 2010.

  • November 2010: PRASARANA mengumumkan Pembinaan Projek LRT Kelana Jaya Line Extension akan bermula.
2011
  • 8 Julai 2011: Pembinaan Projek MRT Laluan Sg-Buloh Kajang dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
2012
  • 8 Mac 2012: KTMB memperkenalkan tren set enam gerabak (SCS) train buatan CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd, China bagi perkhidmatan Komuter.

  • 38 unit tren set enam gerabak (SCS) Kelas 92 digunakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan Komuter.
2014
  • ERL memulakan perkhidmatan tren ke KLIA2 pada 2 Mei 2014.

  • Di bawah Kuala Lumpur Monorail Fleet Expansion Project (KLMFEP), Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STP) telah dilantik untuk membekalkan 12 unit tren set 4 gerabak.

  • 20 Disember 2014: Set tren 4 gerabak telah mula digunakan.
2015
  • 10 Julai 2015: Perkhidmatan ETS bagi Laluan Ipoh – Butterworth – Padang Besar dilancarkan.

  • 11 Julai 2015: Perkhdimatan ETS bagi Laluan Gemas – KL Sentral – Ipoh - Butterworth – Padang Besar dilancarkan.

  • Julai 2015: Perkhidmatan tren shuttle JB Sentral –Woodland dilancarkan.

  • 11 September 2015: Perkhidmatan Komuter Utara (Kamunting-Gurun) dilancarkan.

  • 10 Oktober 2015: Perkhidmatan Komuter Selatan (Seremban-Gemas) dilancarkan.

  • Tren set elektrik Kelas 93 telah mula digunakan bagi perkhidmatan ETS.
2016
  • 30 Jun 2016: LRT Kelana Jaya and Ampang extension line beroperasi sepenuhnya. 

  • bagi LRT Laluan Kelana Jaya meliputi 13 stesen dan jarak 17 KM. 
  • bagi LRT Laluan Ampang/Sri Petaling meliputi 13 stesen dan jarak 17.7 KM. 
  • Rapid Rail memperkenalkan sto kereta baru bagi kegunaan LRT Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling.

  • 13 Dis 2016: Perjanjian Bilateral antara Malaysia – Singapura bagi Projek High-Speed Rail telah ditandatangani.

  • 16 Dis 2016: Pembukaan Fasa 1 MRT SBK iaitu dari Sg Buloh hingga Semantan.
2017
  • 8 Mac 2017: Pelancaran Pemeriksaan Awam untuk Skim Keretapi bagi Projek East Coast Rail Link (ECRL) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

  • Julai 2017: MRT SBK dibuka sepenuhnya dari Sungai Buloh ke Kajang.
2020
  • 30 Julai 2020: Perjanjian Bilateral antara Malaysia-Singapura bagi Projek Rapid Transit System (RTS) telah ditandatangani. ​