Kementerian Pengangkutan Malaysia

Perkhidmatan Bas

​​

Perkhidmatan bas adalah perkhidmatan awam yang paling popular yang digunakan sejak dahulu hinggalah sekarang sebagai salah satu mod pengangkutan utama yang menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan terakhir, bas kekal sebagai komponen penting di dalam pengangkutan awam darat Malaysia. Terdapat 6 kategori bas di Malaysia iaitu Bas Berhenti-henti,Bas Ekspres, Bas Persiaran, Bas Catar, Bas Sekolah dan Bas Pekerja. Justeru itu dengan, menambah baik taraf perkhidmatan bas dalam negara dapat meningkatkan bilangan penumpang menerusi liputan yang lebih luas mengikut keperluan, penambahbaikan kualiti perkhidmatan, pelaksanaan sistem yang menggalakkan kecekapan serta menaik taraf perhentian bas dan hab yang lebih mesra untuk pengguna.


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan bas, pekeliling ataupun direktori berkaitan perkhidmatan bas dan juga senarai operator, sila hubungi dengan pegawai APAD di Jabatan bas menerusi talian 03- 2603 6600 atau emel di bas@apad.gov.my atau laman sesawang www.apad.gov.my