Kementerian Pengangkutan Malaysia

Pembangunan

Pembangunan Berorientasikan Transit (Transit Oriented Development)


Pembangunan Berorientasikan Transit (Transit Oriented Development) kini sedang berkembang di Malaysia. Justeru itu, Kementerian Pengangkutan melalui agensinya seperti Perbadanan Aset Keretapi amat menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pelaksanaan TOD ini agar pembangunan Negara dapat diintegrasikan dengan pengangkutan awam sedia ada dan akan datang. Usahasama antara awam swasta ini juga dilihat dapat menguntungkan kedua-dua pihak melalui peningkatan pengguna pengangkutan awam dan nilai hartanah setempat.