Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Direktori

Direktori Kakitangan

Direktori kakitangan Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian

Carian

Pejabat Menteri

Memberi panduan terhadap pembentukan atau menambahbaik polisi berkaitan sektor pengangkutan dan logistik mengikut keperluan semasa demi kepentingan rakyat serta negara. Melaksanakan tugas-tugas dalam bidang tertentu sebagaimana yang diarahkan oleh YB Menteri.

Pejabat Timbalan Menteri

Menyelaras urusan pentadbiran di Pejabat Timbalan Menteri dan melaksanakan tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh YB Timbalan Menteri.

Pejabat Ketua Setiausaha

Pengurusan Tertinggi Kementerian merangkumi Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha.

Biro Siasatan Kemalangan Udara

Pencegahan kemalangan udara melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan, rekod dan data, kajian kes kemalangan udara. Langkah-langkah peningkatan keselamatan

Bahagian Perolehan Dan Kewangan

Pengurusan belanjawan, perolehan dan kewangan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan / Agensi.

Bahagian Akaun

Pengurusan, Akaun, Gaji, Konsultasi dan dua fungsi umum lain iaitu Teknologi Maklumat dan Pentadbiran.

Bahagian Perancangan Strategik & Antarabangsa

Perancangan kebijakan domestik dan antarabangsa di sektor pengangkutan, pengembangan industri pengangkutan serta hal-hal yang berkaitan dengan kemudahan pengangkutan dan pengawalseliaan nasional.

Bahagian Maritim

Keselamatan Maritim, Ekonomi Maritim, Pelesenan Penghantaran Domestik, Konvensyen Antarabangsa dan Pejabat Atase Maritim di London

Bahagian Darat

Mengawal selia dasar bagi pengangkutan awam darat negara melibatkan mod jalan dan mod rel

Bahagian Udara

Pengangkutan Udara, Perkhidmatan Lapangan Terbang, Industri Hubbing & Aeroangkasa, Perlesenan & Kerjasama Wilayah, Perkhidmatan Udara Luar Bandar, Keselamatan & Konvensyen

Bahagian Pembangunan

Unit Pemantauan dan Penilaian Projek, Unit Pengurusan dan Teknikal Tanah, Unit Pelaksanaan Projek Penerbangan dan Maritim, Unit Tanah dan Pasukan Dedikasi Gemas - JB

Bahagian Pengurusan Maklumat

Penggunaan dan pelaksanaan program ICT di Kementerian, pengendalian dan penyelenggaraan infrastruktur ICT; dan Membangunkan dan mengekalkan sistem aplikasi Kementerian.

Unit Komunikasi Korporat

Menyebarkan maklumat, mengurus fungsi korporat, media, dan fungsi perhubungan awam kementerian serta menguruskan aduan dan hal-hal berkaitan perkhidmatan pelanggan yang lain.

Unit Penasihat Undang-undang

Memberi nasihat undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kerajaan, membantu mentafsir undang-undang , mendraf atau menyemak dokumen perundangan yang berkaitan, menjalankan penyelidikan atau kajian berhubung perundangan serta menyertai rundingan perjanjian.

Unit Audit Dalam

Penilaian dan penentuan keberkesanan semua proses kawalan dalaman dan tadbir urus organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Unit Integriti

Pelaksanaan pemerintahan yang baik, mengenal pasti dan mengesahkan aduan salah laku jenayah dan pelanggaran tatakelakuan, pengurusan aduan dan pematuhan

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Perkembangan organisasi, perkara berkaitan perkhidmatan, perkembangan kerjaya personel dan psikologi pengurusan.

Bahagian Pentadbiran

Pengurusan pentadbiran dan aset Kementerian Pengangkutan dan Jabatan / Agensi.