Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Bahagian Darat

​​

Bagaimana golongan kurang upaya (OKU) untuk mendapatkan lesen memandu. Adakah terdapat keistimewaan kepada golongan tersebut?

Syarat permohonan lesen memandu golongan OKU adalah sama seperti permohonan biasa. Walaubagaimanapun, golongan OKU diberi kemudahan dengan membenarkan mereka membawa kenderaan yang telah diubahsuai semasa ujian Praktikal.

Apa itu saman ekor?

Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Siapa yang mengeluarkan saman ekor?

Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.

Bagaimanakah cara untuk memohon sewa tanah keretapi?

Orang awam/syarikat boleh memohon sewa tanah keretapi dengan mengisi borang PAK/H-01 yang boleh didapati di laman web www.rac.gov.my atau datang sendiri ke pejabat Perbadanan Aset Keretapi di alamat seperti yang tertera di dalam laman web tersebut.​​​