Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


Bagaimanakah elaun pemangkuan dikira?

Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat:

  • Perbezaan itu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakiki pegawai. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji, elaun pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas tangga gaji jawatan yang dipangku; dan
  • Sekiranya gaji hakiki pegawai sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, elaun pemangkua​n ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas tangga gaji jawatan yang dipangku.

Bagaimanakah cara untuk menentukan kekananan pegawai?

Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Pemangkuan 2005 [P.U.(A)176], kekananan pegawai adalah seperti berikut :

  • Bagi pegawai dalam gred lantikan, kekananan mengikut tarikh pegawai itu dilantik secara tetap; dan
  • Bagi pegawai dalam gred kenaikan pangkat, kekananan mengikut tarikh pegawai itu menyandang gred itu secara hakiki.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Bolehkah urusan penanggungan kerja dimulakan pada hari cuti?

Urusan penanggungan kerja hendaklah dimulakan pada hari bekerja.

Apakah kemudahan lain kepada pegawai kerajaan selain dari penajaan biasiswa?

Pegawai kerajaan yang tidak mendapat penajaan JPA boleh memohon untuk cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji.

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Pengurusan Psikologi?

Perkhidmatan Ujian Psikologi Perkhidmatan Kaunseling Perkhidmatan Khidmat Runding Perkhidmatan bimbingan kerjaya.

Apakah itu perkhidmatan kaunseling?

Kaunseling adalah merupakan satu proses untuk membina perhubungan di antara kaunselor/ pegawai psikologi dan klien bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela/ rujukan berdasarkan etika kaunseling.​​​