Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan


​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Apakah yang dimaksudkan dengan aset alih?

Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yan​​g dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Apakah yang dimaksudkan dengan harta modal?

  • Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) dan ke atas setiap satu; atau
  • Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual tanpa mengira harga perolehan asal. Penyelenggaraan secara berjadual merujuk kepada aset yang memerlukan penyelenggaraan seperti yang telah disyaratkan di dalam manual/buku panduan pengguna.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Apakah yang dimaksudkan dengan inventori?

  • Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual.
  • Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal.
  • Nama Komander pesawat;

Bagaimanakah syarikat-syarikat boleh turut serta dalam pelawaan sebut harga bagi Kementerian Pengangkutan?

Bagi pelawaan sebut harga, syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pengangkutan akan diberikan jemputan.

Bagaimanakah syarikat-syarikat boleh turut serta dalam pelawaan tender bagi Kementerian Pengangkutan?

Bagi pelawaan tender syarikat-syarikat boleh merujuk kepada iklan yang diiklankan dalam surat khabar utama. Selain daripada itu, mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan e-Perolehan, boleh mencapai iklan-iklan tender di laman web e-Perolehan.

Bilakah selewat-lewatnya setiap permohonan pendahuluan diri perlu dikemukakan?

Setiap permohonan pendahuluan diri perlu dikemukakan seminggu sebelum perjalanan.

Berapakah jumlah amaun bagi sesuatu perolehan yang dipohon secara tender?

Amaun perolehan bekalan yang melebihi RM 500,000.

Berapakah jumlah amaun bagi sesuatu perolehan yang dipohon secara sebut harga?

Amaun perolehan bekalan perlu melebihi RM 50,000 dan kurang dari RM 500,000.

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan bagi sesuatu dokumen pembayaran diproses untuk tuntutan pembayaran?

Segala pembayaran bagi dokumen yang telah lengkap akan dilakukan dalam masa 14 hari.​​