Kementerian Pengangkutan Malaysia

MH370

MH370 - Siasatan Kemalangan Udara


Malaysia sebagai Negara dimana pesawat berdaftar mengetuai siasatan keatas misteri kehilangan MH370. Satu Pasukan Penyiasat telah ditubuhkan pada 25 April 2014 untuk menjalankan siasatan keselamatan selaras dengan piawaian International Civil Aviation Organisation Annex 13 dan Malaysia Civil Aviation Regulation 1996 (ICAO Annex 13 dan CAR 1996). Siasatan dijalankan bersama-sama tujuh (7) buah agensi​ kemalangan udara sebagai Accredited Representative daripada Australia, China, Perancis, Singapura, Amerika, Indonesia dan United Kingdom.​


mh370-boeng777-200-er.jpg


Pasukan Penyiasat ini telah menyediakan Kenyataan Interim dan maklumat fakta (Interim Statement and Factual Information) mengikut piawaian ICAO Annex 13 pada tarikh ulangtahun pertama kejadian kehilangan pesawat MH370. Siasatan diteruskan dengan kerja-kerja proses pencarian punca kejadian, analisa dan cadangan penambahbaik keselamatan. Maklumat lanjut berkaitan MH370 boleh didapati melalui pautan logo berikut:​​


mh370.jpg  
australian-government.jpg  
australian-transport-safety-bureau.jpg  
mh370-safety-investigation.jpg​​​


Laporan MH370​

​​