Kementerian Pengangkutan Malaysia

MH17

​​MH17 - Siasatan Kemalangan Udara


Siasatan kemalangan MH17 terbahagi kepada dua (2) iaitu Siasatan Keselamatan - International Civil Aviation Organisation (ICAO) Annex 13 dan Siasatan Jenayah.


MH17-current-status.jpg

Siasatan ​ICAO ​Annex 13

​Siasatan berdasarkan Annex 13 adalah merupakan siasatan dari aspek teknikal bertujuan bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang di masa akan datang. Pasukan siasatan ini diketuai oleh negara Belanda dan dianggotai oleh Malaysia, Ukraine, Rusia, Jerman, Amerika Syarikat dan United Kingdom.


Si​asatan Jenayah​​​​​

Siasatan jenayah sedang dikendalikan oleh negara​ masing-masing ​seperti Malaysia, Australia, Ukraine dan Netherlands yang mempunyai penumpang atas pesawat MH17 dan juga oleh Joint Investigation Team (JIT) yang diterajui oleh Netherlands dan dianggotai oleh Ukraine, Australia, Belgium dan Malaysia. ​JIT telah diwujudkan untuk melicinkan kerjasama antara negara-negara berkepentingan. Siasatan masih lagi dijalankan.​​

​Siasatan dibawah Biro Keselamatan Kemalangan Udara hanya foku​s menjalankan siasatan keselamatan Annex 13 sahaja.​​

Laporan Akhir (Penyiasatan Keselamatan) MH17

​​Klik disini​​​​

Siaran Akhbar MH17​