Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Perkhidmatan Lapangan Terbang


Malaysia mempunyai sistem rangkaian lapangan terbang antarabangsa dan domestik yang lengkap, moden dan bertaraf dunia. Lapangan-lapangan terbang di Malaysia mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa dan kapasiti lapangan terbang yang boleh menampung keperluan pertambahan penumpang dan operasi syarikat penerbangan sama ada dalam dan luar negeri.

Senarai Syarikat Ground Handling

Perkhidmatan Pengendalian Darat (Ground Handling) merupakan perkhidmatan yang diperlukan untuk mengasingkan pesawat daripada muatannya (penumpang, bagasi, kargo dan mel) semasa ketibaan dan digabungkan dengan muatannya yang lain sebelum pelepasan.

Untuk senarai Syarikat Ground Handling​ yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya berdasarkan lokasi serta kategori perkhidmatan pengendalian darat, sila rujuk kepada Senarai Pengendali Darat berdasarkan Lokasi dan Perkhidmatanuntuk maklumat lanjut.​​