Kementerian Pengangkutan Malaysia

Perkhidmatan Penerbangan Tidak Berjadual

Tidak​​ Berjadual

Merujuk kepada perkhidmatan penerbangan selain daripada berjadual yang dilaksanakan secara tidak berjadual oleh syarikat penerbangan untuk mengangkut penumpang, kargo atau mel secara charter​ bagi tujuan sewa dan upah (hire and reward).

air-services-non-scheduled.jpg

Penerbangan Charter Penumpang

  1. Bagi Syarikat Penerbangan Tempatan

    Perkhidmatan charter akan dapat menyokong perkhidmatan penerbangan berjadual secara niche seperti berikut:

    • Perkhidmatan charter membolehkan perkhidmatan penerbangan diadakan ke laluan-laluan yang tidak disediakan operasi oleh syarikat penerbangan berjadual;
    • Perkhidmatan charter juga membolehkan perkhidmatan penerbangan diadakan ke laluan-laluan yang mempunyai batasan kekerapan penerbangan berjadual disebabkan kekangan hak trafik bagi laluan-laluan antarabangsa. Selain daripada itu, terdapat juga kemungkinan bagi syarikat-syarikat penerbangan berjadual untuk menghadapi kekangan teknikal seperti kekurangan pesawat dan kekurangan krew untuk menambahkan frekuensi penerbangan ke sesuatu destinasi sedangkan terdapat pasaran yang memberangsangkan bagi laluan tersebut. Dalam hubungan ini, perkhidmatan charter juga dilihat dapat bertindak untuk menyokong perkhidmatan penerbangan berjadual;
    • Perkhidmatan charter turut menawarkan pakej pelancongan yang mana perkhidmatan tersebut tidak disediakan oleh syarikat penerbangan berjadual. Dengan ini adalah diharapkan perkhidmatan penerbangan charter dapat memangkinkan lagi perkembangan sektor pelancongan negara.

  2. Bagi Syarikat Penerbangan Luar Negara

    Perkhidmatan charter ini dijangka akan dapat menyokong perkhidmatan penerbangan berjadual secara niche seperti berikut:

    • Perkhidmatan charter membolehkan perkhidmatan penerbangan diadakan ke laluan-laluan yang tidak disediakan operasi oleh syarikat penerbangan berjadual;
    • Perkhidmatan charter juga membolehkan perkhidmatan penerbangan diadakan ke laluan-laluan berjadual yang mempunyai batasan kekerapan penerbangan disebabkan kekangan hak trafik. Dalam hubungan ini, perkhidmatan charter juga dilihat dapat bertindak untuk menyokong perkhidmatan penerbangan berjadual;
    • Perkhidmatan charter juga membolehkan perkhidmatan penerbangan diadakan ke laluan-laluan yang mempunyai batasan kekerapan penerbangan berjadual disebabkan kekangan hak trafik. Selain daripada itu, terdapat juga kemungkinan bagi syarikat-syarikat penerbangan berjadual menghadapi kekangan teknikal seperti kekurangan pesawat dan kekurangan krew untuk menambahkan frekuensi penerbangan ke sesuatu destinasi sedangkan terdapat pasaran yang memberangsangkan bagi laluan tersebut. Dalam hubungan ini, perkhidmatan charter juga dilihat dapat bertindak untuk menyokong perkhidmatan penerbangan berjadual. Dengan ini adalah diharapkan perkhidmatan penerbangan charter dapat memangkinkan lagi perkembangan sektor logistik negara.

​Penerbangan Charter Kargo

  1. Bagi Syarikat Penerbangan Tempatan

      Perkhidmatan charter akan dapat menyokong perkhidmatan penerbangan berjadual secara niche seperti berikut:

    • Perkhidmatan charter membolehkan perkhidmatan penerbangan diadakan ke laluan-laluan yang tidak disediakan operasi oleh syarikat penerbangan berjadual;
    • Perkhidmatan charter juga membolehkan perkhidmatan penerbangan diadakan ke laluan-laluan yang mempunyai batasan kekerapan penerbangan berjadual disebabkan kekangan hak trafik. Selain daripada itu, terdapat juga kemungkinan bagi syarikat-syarikat penerbangan berjadual menghadapi kekangan teknikal seperti kekurangan pesawat dan kekurangan krew untuk menambahkan frekuensi penerbangan ke sesuatu destinasi sedangkan terdapat pasaran yang memberangsangkan bagi laluan tersebut. Dalam hubungan ini, perkhidmatan charter juga dilihat dapat bertindak untuk menyokong perkhidmatan penerbangan berjadual. Dengan ini adalah diharapkan perkhidmatan penerbangan charter dapat memangkinkan lagi perkembangan sektor logistik negara.

  2. Bagi Syarikat Penerbangan Luar Negara

      Perkhidmatan charter akan dapat menyokong perkhidmatan penerbangan berjadual secara niche seperti berikut:

    • Perkhidmatan charter membolehkan perkhidmatan penerbangan diadakan ke laluan-laluan yang tidak disediakan operasi oleh syarikat penerbangan berjadual yang berkaitan dengan kargo (termasuk combi atau belly-space cargo);
    • Perkhidmatan charter juga membolehkan perkhidmatan penerbangan diadakan ke laluan-laluan berjadual yang mempunyai batasan kekerapan penerbangan berjadual disebabkan kekangan hak trafik. Dalam hubungan ini, perkhidmatan charter juga dilihat dapat bertindak untuk menyokong perkhidmatan penerbangan berjadual. Dengan ini adalah diharapkan perkhidmatan penerbangan charter dapat memangkinkan lagi perkembangan sektor logistik negara.

Senarai Pemegang A​SP​ dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan

Senarai Pemegang ASP dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan boleh didapati di laman web Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Klik ​​ disini untuk maklumat lanjut.​

Tatacara Permohonan ASP

​​ ​Tatacara permohonan Lesen Perkhidmatan Udara (Air Service Permit - ASP) boleh didapati di laman web MAVCOM. Klik ​​disini untuk maklumat lanjut.​