Kementerian Pengangkutan Malaysia

Menteri Pengangkutan Malaysia


Loke Siew FookGambar Ketua Setiausaha Malaysia

Menteri Pengangkutan Malaysia


Yang Berhormat Loke Siew Fook berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, selepas mengangkat sumpah pada 3 Disember 2022.


Siew Fook memberi penekanan kepada agenda pendigitalan dengan penuh yakin bahawa system ini akan memberi pengalaman yang memuaskan kepada rakyat.

Sebagai Menteri, beliau komited untuk memperkasa pengangkutan awam sebagai satu cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyampaikan mobiliti yang mampan. Untuk tujuan ini, Siew Fook memberi tumpuan untuk meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan pengangkutan awam Malaysia, di samping memupuk budaya penyelenggaraan untuk infrastruktur kritikal dan fasiliti berkaitan. Beliau juga mahu meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini. 

Siew Fook menyokong usaha memperkasakan pendigitalan dalam perkhidmatan kerajaan, melalui sistem pembidaan nombor plat kenderaan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa beliau berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan bagi kali pertama dari Mei 2018 hingga Februari 2020. Siew Fook memberi penekanan kepada agenda pendigitalan dengan penuh yakin bahawa system ini akan memberi pengalaman yang memuaskan kepada rakyat. 

Seorang ahli Parti Tindakan Demokratik dan kini berjawatan sebagai Setiausaha Agung yang ke-6, Siew Fook telah menjadi Ahli Parlimen Seremban dan Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah, Negeri Sembilan sejak 2013. Siew Fook adalah anak jati Seremban, dan berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Pembangunan.​​