Kementerian Pengangkutan Malaysia

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia

Gambar Timbalan Pengangkutan Malaysia  

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia mulai 11 Mac 2020 di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Dilahirkan pada 2 Januari 1963 di Limbang, Sarawak, beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di University of Iowa, Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Dilahirkan pada 2 Januari 1963 di Limbang, Sarawak, beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di University of Iowa, Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan Awam.

Sekembalinya beliau ke Sarawak, beliau telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam bersama Jabatan Kerja Raya Sarawak sebelum memilih opsyen persaraan awal pada tahun 2008 setelah berkhidmat selama 22 tahun dalam jabatan berkenaan.

Beliau mula bergiat aktif dalam politik pada tahun 2008 apabila beliau dicalonkan untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional di Kawasan Parlimen Limbang dan memenangi kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Beliau seterusnya berjaya mempertahankan kerusi tersebut semasa PRU ke-13 dan PRU ke-14. Berdasarkan kepada kebolehan dan kemampuan beliau, Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah telah diberi kepercayaan oleh parti dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Di samping itu, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (2010-2018), Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) (2013-2018) dan merupakan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bahagian Limbang semenjak 2012 sehingga kini.