Kementerian Pengangkutan Malaysia

Bahagian Maritim

Latar Belakang

Bahagian Maritim terdiri daripada 6 unit iaitu Pelabuhan, Keselamatan Maritim, Ekonomi Maritim, Pelesenan Perkapalan Dalam Negeri (PPDN), Konvensyen Antarabangsa dan Pejabat Atase Maritim di London. Peranan Pejabat Atase Maritim adalah memastikan kepentingan sektor maritim Malaysia terpelihara dalam urusan International Maritime Organization.​

Piagam Pelanggan

  • Memastikan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa berkaitan pengangkutan maritim sentiasa dipelihara;​
  • Memastikan dasar/kaedah/proses yang ditetapkan selaras dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA);
  • Memproses dan meluluskan lesen perkapalan dalam negeri dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.(Permohonan yang diterima dan diproses selepas jam 3.00 petang akan dikira sebagai permohonan keesokan hari)
  • Mencetak lesen perkapalan dalam negeri dalam tempoh 1 hari bekerja untuk permohonan yang telah diluluskan dan diterima bayarannya sebelum jam 4.00 petang hari bekerja.
  • Menyediakan Terma Rujukan, membuat penilaian teknikal dan mengeluarkan hasil kajian konsep bagi projek-projek yang melibatkan sektor maritim dalam tempoh 2 bulan; dan
  • Melayani aduan yang diterima dalam tempoh 3 hari.

Fun​gsi

  • Menggalakkan penyertaan usahawan Malaysia dalam industri perkapalan di dalam dan luar negeri.
  • Membentuk dasar hal ehwal keselamatan pelayaran, pencegahan pencemaran dari kapal, pengoperasian kapal, hal ehwal pelaut, keselamatan dan liabiliti pihak ketiga.
  • Membentuk dasar serta menyelaras dan mengawasi aktiviti operasi pelabuhan persekutuan.
  • Meratifikasi dan melaksanakan konvensyen antarabangsa dan meminda undang-undang domestik mengikut keperluan.
  • Mengeratkan hubungan kerjasama antarabangsa melalui pemeteraian perjanjian pengangkutan maritim/ memorandum persefahaman dan program pembangunan modal insan
  • Memproses dan mengeluarkan lesen perkapalan dalam negeri.

Obj​ek​​tif​

  • Menyediakan sistem pengangkutan maritim yang moden, lancar, efisien dan selamat.
  • Menyediakan persekitaran kondusif bagi perdagangan tanpa sempadan yang berdaya saing.
  • Memastikan pembangunan indust​ri maritim konsisten dengan alam persekitaran.

Carta ​Orga​nisasi​​

chart