Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Bahagian Darat

Latar Belakang

Pengangkutan Darat seperti pengangkutan jalan dan rel merupakan mod utama pengangkutan di Malaysia. Oleh yang demikian, bagi menyelaras kesemua aktiviti tersebut, Bahagian Darat berperanan penting sebagai penjana dan penggerak kepada pembangunan dan pelaksanaan dasar pengangkutan negara.

Bagi memenuhi keperluan umum, pelbagai dasar pengangkutan awam digubal bagi memastikan sektor pengangkutan awam darat sentiasa selamat dan efisyen berdasarkan kepada keperluan semasa. Berdasarkan kepada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1897 dan Akta Keretapi 1991, pelaksanaan penguatkuasaan dan tugas-tugas pengawal seliaan adalah di bawah peranan dan tanggungjawab agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Perbadanan Aset Keretapi (PAK) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). ​​

Piagam Pelanggan

Kami Bahagian Darat Kementerian Pengangkutan Malaysia akan berusaha untuk sentiasa memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan bersih serta menepati piawaian yang telah ditetapkan kepada semua pelanggan kami dengan:

  • Komitmen untuk menjalankan tugas dengan tekun, bersungguh-sungguh, ikhlas, amanah, mesra serta professional;
  • Menggubal dasar-dasar berkaitan pelesenan pemandu dan sekolah memandu, pendaftaran kenderaan, keselamatan jalan raya, pemakaian piawaian teknikal kenderaan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan;
  • Memastikan dasar/kaedah/proses yang ditetapkan selaras dengan pelaksanaan initiatif-inisiatif NKRA dan MKRA;
  • Menangani isu-isu keselamatan pengangkutan darat dalam tempoh 1 bulan;
  • Memastikan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa berkaitan pengangkutan darat sentiasa dipelihara;
  • Menyelaras input/maklumbalas mengenai isu-isu dasar dan antarabangsa bagi sektor pengangkutan darat dalam tempoh 14 hari bekerja;
  • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Syarikat Konsesi mematuhi Perjanjian Konsesi;
  • Mengkaji dan memberi maklumbalas berhubung dengan cadangan projek pembangunan sektor darat dalam tempoh 21 hari;
  • Menyediakan Terma Rujukan (TOR) bagi kajian-kajian dasar yang melibatkan projek sektor darat dalam tempoh 14 hari;
  • Membuat penilaian teknikal kepada projek kajian dasar dalam tempoh 1 bulan; dan
  • Melayani aduan yang diterima dalam tempoh 3 hari;​​

Fun​gsi

  • Menggubal dasar berkaitan pelesenan pemandu, sekolah memandu, pendaftaran kenderaan, keselamatan jalan raya dan teknikal kenderaan selaras dengan piawaian antarabangsa.
  • Mengkaji dan menilai perundangan dari aspek teknikal kenderaan mengikut peraturan United Nations Economic Commision for Europe (UNECE) atau piawaian antarabangsa yang setaraf.
  • Menggubal dasar pengangkutan bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan darat.
  • Memastikan dasar / kaedah / proses yang ditetapkan menyokong pelaksanaan inisiatif-inisiatif Bidang Keberkesanan Utama Negara (NKRA).
  • Melaksanakan obligasi negara di bawah perjanjian ASEAN dan lintas-sempadan berkaitan dengan pengangkutan rel dan jalan.
  • Memastikan semua perundangan di bawah Akta Keretapi 1991 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 menepati kehendak semasa.
  • Mengkaji, menilai dan memastikan pembangunan tanah-tanah keretapi memberi pulangan terbaik kepada Kerajaan.
  • Memantau serta mengawal selia projek-projek pembangunan infrastruktur sektor pengangkutan rel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Menetapkan dasar kadar harga tambang bagi pengendali pengangkutan rel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Obj​ek​​tif

  • Menggubal dasar, menyelidik, merancang dan menyelaras aspek-aspek pembangunan di bidang pengangkutan rel supaya satu sistem pengangkutan rel yang cekap, ekonomikal dan selamat dapat diwujudkan.
  • Memastikan sistem pengangkutan rel adalah selaras dengan pembangunan dan perkembangan sosio-ekonomi negara.
  • Merangka dan mewujudkan sistem pengangkut​an rel yang selesa yang seterusnya menggalakkan penggunaan pengangkutan rel.
  • Mewujudkan kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan jalanraya di kalangan semua peringkat pengguna jalanraya dan alam persekitaran.

Carta ​Orga​nisasi​​

chart